awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Moksu Bedak Sejuk maut dilanggar kereta
OIC, negara Islam kecam pelanggaran gencatan senjata oleh Israel di Gaza
MAIPs salur sumbangan RM150,000 bantu mangsa banjir di Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar: Jawatankuasa Bencana sedia hadapi banjir di Kerian

Bernama
Bernama
13/10/2016
23:57 MYT
Air pasang besar: Jawatankuasa Bencana sedia hadapi banjir di Kerian
Menurut jabatan itu, sekiranya berlaku banjir akibat fenomena air pasang besar, sebanyak 14 kampung membabitkan 530 keluarga dijangka terjejas. - Gambar fail
Jawatankuasa Bencana Daerah Kerian bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir akibat fenomena air pasang besar berskala besar di lima kawasan di daerah itu hujung minggu ini.
Pegawai Daerah Kerian Mohd Sabli Bakri berkata persiapan itu membabitkan penyediaan pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Piandang, SK Seri Pinang, SK Bagan Serai, SK Seri Siakap dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Gula.
Bekalan makanan dan kemudahan lain disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk diagihkan kepada penduduk terjejas yang ditempatkan di pusat pemindahan, katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Beliau berkata sekiranya berlaku banjir akibat fenomena air pasang besar, sebanyak 14 kampung membabitkan 530 keluarga di mukim Bagan Tiang, mukim Kuala Kurau, mukim Tanjung Piandang, mukim Selinsing dan mukim Bagan Serai dijangka terjejas.
"Anggota-anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia juga bersiap sedia sepenuhnya untuk memindahkan mangsa," katanya.
Mohd Sabli berkata penduduk di kawasan terdedah dengan kemungkinan banjir telah diarah membuat persediaan termasuk memindahkan peralatan rumah ke kawasan tinggi.
Mereka juga diminta memastikan dokumen penting disiapkan lebih awal supaya mudah dibawa bersama jika diarah berpindah ke pusat pemindahan, katanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim sebelum ini berkata fenomena air pasang besar berskala besar, yang membawa ombak tinggi dan tiupan angin kencang, dijangka melanda Pantai Barat Semenanjung pada 17 hingga 20 Okt ini. - Bernama
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#banjir
#Jawatankuasa Bencana
#kerian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan