KUALA LUMPUR: Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) melakukan kajian menggunakan sistem ozon bagi merawat bahan-bahan pencemar yang telah dikenal pasti di Sungai Klang dan juga kolam-kolam air Rasau.
Air Selangor dalam kenyataannya memaklumkan, teknologi ozon dilakukan berikutan ramai pengguna tidak yakin dengan air mentah dari Sungai Klang untuk dirawat di Skim Bekalan Air Rasau.
Jelas kenyataan itu, objektif utama kajian itu adalah untuk mengenal pasti kemampuan teknologi ozon merawat bahan-bahan organik serta logam yang terdapat di dalam sumber air mentah.
"Kajian ini telah dilakukan dengan kerjasama Veolia Water Technologies, sebuah syarikat antarabangsa yang mempunyai kepakaran dalam solusi teknologi rawatan air dan rawatan sisa kumbahan," kata kenyataan itu pada Khamis.
Menurut kenyataan itu, hasil penggunaan teknologi sistem ozon semasa kajian menunjukkan pengurangan ketara bahan pencemar seperti logam, serta bahan organik yang terdapat di dalam Sungai Klang dan kolam-kolam Rasau.
"Ini selaras dengan inisiatif kami untuk sentiasa membekalkan air bersih dan terawat kepada pengguna kami," jelas kenyataan itu.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Oct 28 2021
Air Selangor) melakukan kajian menggunakan sistem ozon bagi merawat bahan-bahan pencemar yang telah dikenal pasti di Sungai Klang dan juga kolam-kolam air Rasau. -Gambar fail/Bernama
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
El Nino: Bekalan lembu, kambing korban mencukupi - Mohamad Sabu
Bekalan lembu dan kambing bagi keperluan sambutan Aildiladha adalah mencukupi biarpun negara berhadapan cuaca panas susulan fenomena El Nino.
Kes pemerasan: Dua lagi polis berpangkat Inspektor, Sarjan ditahan - KPN
Dua lagi polis berpangkat Inspektor dan Sarjan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pemerasan berjumlah RM1.25 juta.
Fokus Minggu Depan: Indeks Kebebasan Media Malaysia merudum 34 anak tangga
Gunung Ruang muntahkan asap, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Cuaca di sekitar gunung berapi, satu daripada paling aktif di Indonesia berubah-ubah daripada cerah hingga mendung.
Program Penuaan Sihat tingkat kesedaran isu keuzuran warga emas
Program itu juga bagi mengenal pasti status kesihatan warga emas dalam komuniti supaya intervensi awal dapat dilaksanakan.
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Proses rekod, semak biometrik pelancong asing masih dilaksanakan - KP Imigresen
Proses semakan keselamatan seperti merekod dan menyemak biometrik pelancong asing termasuk dari China dan India masih dilaksanakan di semua pintu negara.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Air Selangor kaji guna sistem ozon rawat air mentah
Teknologi ozon dilakukan berikutan ramai pengguna tidak yakin dengan air mentah dari Sungai Klang untuk dirawat di Skim Bekalan Air Rasau.
Malaysia diberi pengiktirafan tahap terbaik dalam pengurangan bahan pemusnah ozon
Malaysia diberi pengiktirafan tahap terbaik iaitu A dalam pencapaian pelaksanaan Protokol Montreal bagi mengurangkan penggunaan bahan pemusnah ozon.
Malaysia berjaya lepasi sasaran pengurangan bahan pemusnah ozon HCFC
Pengurangan itu adalah berdasarkan Pelan Pengurusan Penghapusan HCFC fasa 2 yang telah bermula sejak 2017 dan akan berakhir tahun hadapan.
Ozon makin pulih, iklim global makin ekstrem
Satu lubang besar yang pernah muncul di Antartika sekitar tahun 1985 telah kembali pulih berhubung pengharaman global terhadap bahan kimia terlarang, menurut NASA.