KOTA BHARU: Serangan 'ganas' pandemik COVID-19 sejak Mac tahun lalu membuatkan perniagaan restoran yang diusahakan oleh sepasang suami isteri, Kamaruzaman Hussin, 42, dan Siti Nor Farah Abdul Dawari, 37, hampir ditutup.
Ia susulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan dan sekatan penuh pergerakan yang memaksa premis perniagaan terpaksa 'berehat' panjang dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
Memikirkan kelangsungan hidup keluarga perlu diteruskan dan nasib pekerja terbela, pasangan suami isteri yang merupakan pemilik Restoran Pondok Kebaboom, Pasir Tumboh, di sini mengambil 'risiko' dengan mengusahakan air singgey.
Air singgey merupakan minuman popular yang paling mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pelanggan.
Malah restoran milik pasangan ini masyhur dengan minuman tersebut yang tidak dapat dijumpai di premis lain.
Percubaan berani pasangan suami isteri itu membawa tuah apabila air singgey menjadi 'penyelamat' perniagaan mereka apabila minuman itu 'meletup' sehingga mereka tidak menang tangan memenuhi permintaan para pelanggan.
Katanya, dia sendiri tidak menyangka produk minuman berasaskan campuran serai, lemon, daun pudina, perisa dan pengawet yang dibenarkan itu mendapat permintaan luar biasa.
"Saya keluarkan 24 botol sebagai percubaan pada bulan Jun lalu, namun permintaan makin naik dari masa ke masa.
"Alhamdulillah setiap hari saya kini mampu mengeluarkan kira-kira 600 botol," katanya.
Menurutnya, sepanjang tempoh dua bulan sebanyak 23,000 botol minuman itu telah berjaya dijual menerusi stokis dan agen bergerak di seluruh negara kecuali Perak, Melaka dan Sabah.
Katanya, dia bersyukur apabila air singgey bukan sahaja memberi rezeki kepada para pekerja namun orang lain yang terjejas dengan pandemik COVID-19 turut menerima tempiasnya.
Anak kelahiran Kampung Wakaf Stan itu berkata, setakat ini dia mempunyai 24 buah stokis dan 140 orang agen yang bertindak memasarkan air tersebut.
"Mungkin ini adalah rezeki yang ALLAH hendak kirimkan kepada saya dalam keadaan berbagai ujian yang terpaksa ditempuh sepanjang pandemik sebagai peniaga.
"Alhamdulillah hasil jualan air singgey ini saya dapat memanggil semula pekerja yang terpaksa bekerja bergilir-gilir sebelum ini untuk kembali bertugas," katanya.
Kamaruzaman berkata, dia berterima kasih kepada isterinya, Siti Nor Farah dan keluarga serta warga Pondok Kebaboom yang memberikan sokongan padu dalam menggerakan usaha menghasilkan air singgey ini.
"Air singgey ini saya hasilkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat sebagaimana yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu dengan memasaknya pada suhu antara 80 hingga 90 darjah celcius bagi memastikan ia tahan lebih lama.
"Penangan air singgey ini cukup besar apabila saya telah berjaya membuka sebuah kilang kecil bagi menampung permintaan tinggi di pasaran ketika ini," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 10 2021
Pekerja Restoran Pondok Kebaboom sedang menyiapkan bungkusan air singgey sebelum dipasarkan. -Foto Sinar Harian
Akta Laut Wilayah masih sah, terpakai termasuk di Terengganu - PMO
Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) masih sah dan terpakai di seluruh Malaysia termasuk di Terengganu, walaupun Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu membuat keputusan menolak pemakaiannya.
Yakeb sasar 1,000 bekas atlet baharu tahun ini
Yakeb menyasarkan seramai 1,000 bekas atlet dapat berdaftar di bawah yayasan itu sepanjang tahun ini. Yayasan Kebajikan Atlet K
Pulau Pinang mahu perbanyak kedai makan mesra muslim
Kerajaan Pulau Pinang berhasrat memperbanyakkan kemudahan terutama kedai makan mesra Muslim bagi memperkasakan lagi industri pelancongan di negeri ini.
Tiga firma semikonduktor mahu labur AS$100 juta di Pulau Pinang - Chow
Syarikat berkenaan adalah China Wafer Level CSP Co (WLCSP), Ningbo SJ Electronics Co (SJE) dan Wuxi AMTE Inc (AMTE).
Johor pastikan masalah bekalan air ketika perayaan tidak berulang
Kerajaan negeri akan berusaha memastikan sifar masalah bekalan air pada hari raya tahun hadapan dengan beberapa langkah telah diambil.
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini.
Runtuhan bangunan di Gaza akan ambil masa 14 tahun untuk dialihkan - Pegawai PBB
Serangan Israel telah meninggalkan runtuhan yang dianggarkan seberat 37 juta tan dalam satu wilayah yang padat dengan penduduk.
Fokus Minggu Depan: Gelanggang PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi), Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang bermula seusai proses penamaan calon pada Sabtu.
Wanita lintas jalan hingga akibatkan kemalangan direman
Seorang wanita berusia 35 tahun yan melintas jalan sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan maut di KM98.6 LPT 1 direman dua hari.
MINDEF sedia dapatkan khidmat pakar luar negara jika perlu
Kementerian Pertahanan sedia mendapatkan khidmat pakar dari luar negara jika diperlukan untuk membantu siasatan nahas dua helikopter TLDM yang mengorbankan 10 pegawai dan anggotanya.
Air singgey penyelamat restoran hampir tutup
Dia sendiri tidak menyangka produk minuman berasaskan campuran serai, lemon, daun pudina, perisa dan pengawet yang dibenarkan itu mendapat permintaan luar biasa.