awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba

Bernama
Bernama
27/04/2024
10:09 MYT
41 kes kebakaran terbuka di Gua Musang sejak Februari - Bomba
Aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini kerana kawasan terbabit mudah terbakar jika terkena sebarang bahan api. - Bernama
GUA MUSANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Gua Musang mencatatkan sebanyak 41 kes kebakaran terbuka di daerah berkenaan sejak awal Februari hingga 23 April lepas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang Nor Azizi Che Noh berkata aktiviti pembakaran terutamanya di kebun, ladang dan hutan perlu dielakkan ketika musim panas ini kerana kawasan terbabit mudah terbakar jika terkena sebarang bahan api.
"Suhu panas ketika ini boleh menyebabkan api marak dengan cepat dan mudah merebak, justeru boleh menjadi punca berlakunya kebakaran pada skala lebih besar yang tidak dijangka.
"Jadi kita minta pengusaha ladang atau kebun supaya tidak melakukan pembakaran pada peralihan monsun sekarang ini," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Program Hari Raya Aidilfitri anjuran Lions Club di Bandar Baru di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan golongan suri rumah supaya sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan kerja-kerja rumah terutama tidak sewenang-wenang meninggalkan masakan di atas dapur tanpa menutup api.
Semalam, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) memaklumkan terdapat 10 kawasan di Semenanjung merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga termasuklah melibatkan tiga daerah di Kelantan iaitu Pasir Mas, Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli.
Jabatan berkenaan menjangkakan suhu maksimum harian 35 hingga 40 darjah Celsius bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#bomba
#kebakaran terbuka
#Gua Musang
#musim panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan