Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia telah bekerjasama dengan Lembaga Pelancongan Sarawak sebagai rakan syarikat penerbangan untuk Festival Muzik Hutan Hujan Sedunia (RWMF) dan Festival Jazz Borneo.
Ketua Komersil AirAsia Malaysia, Spencer Lee berkata kerjasama itu adalah sejajar dengan usaha syarikat yang berterusan bagi meningkatkan kedatangan pengunjung ke Sarawak melalui 23 negara yang dikendalikan oleh syarikat penerbangan itu.
"Ia bukan semata-mata untuk mempromosikan festival, tetapi identiti kebudayaan yang pelbagai, tradisi yang unik dan eko-pelancongan negeri tersebut.
"Tahun lepas, kami membawa masuk sejumlah 4.3 juta pelawat ke Sarawak dan kami berharap kerjasama ini akan menggalakkan lebih ramai pengunjung ke negeri yang indah ini, sebagai tambahan kepada ribuan pelancong yang melawat dua bandar (Kuching dan Miri) utama festival itu, disamping menyumbang kepada sasaran 5.25 juta pelancong di Sarawak untuk 2018," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sempena kerjasama itu, AirAsia menawarkan tiket penerbangan sehala semua dalam tambang daripada RM79 dari Kuala Lumpur ke Miri, dan RM129 sehala dari Pulau Pinang, Melbourne, Hong Kong dan lain-lain tempat ke Miri.
Tambang itu boleh dibeli melalui airasia.com dan aplikasi mudah alihnya mulai sekarang sehingga 30 April 2018 untuk tempoh perjalanan sehingga 30 Sept 2018.
AirAsia RedTix, cabang perniagaan syarikat penerbangan itu bagi tempahan tiket untuk acara istimewa, juga menjadi rakan kongsi rasmi bagi RWMF tahun ini dan pengunjung boleh mendapatkan tiket mereka melalui airasiaredtix.com.
AirAsia sekarang membuat penerbangan ke lima destinasi dari Miri, dengan sejumlah 86 penerbangan sehala mingguan ke Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kuching dan Singapura.
"Kami juga terbang ke 12 destinasi dari Kuching dengan sejumlah 257 penerbangan sehala mingguan ke Shenzhen, Singapura, Pontianak, Miri, Sibu, Bintulu, Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kota Bharu, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Langkawi," katanya.
Festival Jazz Borneo akan diadakan di Miri pada 11-13 Mei, manakala RWMF akan mengambil tempat di Kuching pada 13-15 Julai depan
Kedua-dua acara ini menjadi festival antarabangsa Sarawak yang mengumpulkan puluhan ribu penonton tempatan dan antarabangsa pada setiap tahun.
Tahun lepas, seramai 4.43 juta pengunjung tiba di Sarawak, sejumlah 421,513 pelawat hadir semasa bulan penganjuran Festival Jazz Borneo dan seramai 406,359 semasa tempoh RWMF.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 23 2018
AirAsia RedTix juga menjadi rakan kongsi rasmi bagi RWMF tahun ini dan pengunjung boleh mendapatkan tiket mereka melalui airasiaredtix.com. - Foto: rwmf.net
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.