awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Airbnb syor insentif pelancongan diperluas kepada hos STRA

Bernama
Bernama
06/07/2020
20:55 MYT
Airbnb syor insentif pelancongan diperluas kepada hos STRA
Airbnb juga mencadangkan supaya baucar digital sehingga RM100 diberi kepada semua rakyat Malaysia bagi tujuan perbelanjaan domestik membabitkan tempahan Airbnb. - Gambar hiasan
Airbnb memuji tindakan kerajaan Malaysia melaksanakan beberapa insentif khusus di bawah pakej rangsangan ekonomi untuk perniagaan sektor pelancongan dan menyarankan supaya ia turut diperluas kepada hos penginapan kediaman jangka pendek (STRA).
"Ini berikutan peranan penting hos STRA itu sama ada sebagai individu atau perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam memacu pelancongan Malaysia," kata Ketua Dasar Awam Airbnb (Asia Tenggara), Mich Goh dalam satu kenyataan.
Antara insentif itu adalah penangguhan bayaran ansuran cukai mulai 1 April-31 Dis, 2020; kemudahan Skim Pembiayaan Pelancongan (PTF) bernilai RM1 bilion di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi insentif transformasi kewangan; bayaran sekali RM600 dan pengecualian cukai individu sebanyak RM1,000 bagi perbelanjaan berkaitan pelancongan sehingga Disember 2021.
Airbnb juga mencadangkan supaya baucar digital sehingga RM100 diberi kepada semua rakyat Malaysia bagi tujuan perbelanjaan domestik membabitkan tempahan Airbnb.
Platform kemudahan penginapan secara dalam talian itu juga menyarankan agar kerajaan melanjutkan moratorium pembayaran semula pinjaman sehingga sekurang-kurangnya Disember depan berikutan ramai hos Airbnb bergantung kepada pendapatan itu bagi melunaskan bayaran pajakan masing-masing.
Goh yang menyambut baik peruntukan insentif khas kepada penggiat dalam ekonomi itu khususnya industri e-panggilan, juga amat berharap kemudahan sama diperluaskan kepada hos Airbnb.
"Airbnb komited menyokong kerajaan Malaysia dalam usaha mengharungi krisis kesihatan dan ekonomi ini selain menjaga kepentingan komuniti hosnya di Malaysia, kebanyakannya merupakan individu biasa selain usahawan mikro hospitaliti serta tetamu," katanya.
Sejak bermulanya pandemik global COVID-19, Airbnb telah mengaktifkan dasar lebih longgar yang membenarkan tetamu dan hos membatalkan tempahan tanpa dikenakan sebarang penalti.
Pekerja Airbnb juga telah menderma sejumlah US$1 juta daripada simpanan sendiri bagi memulakan Dana Bantuan Superhost bagi membantu hos yang berdepan kesukaran.
Dana yang kini mencecah US$17 juta, termasuk sumbangan pengasas Airbnb sebanyak US$9 juta, bertujuan membolehkan hos yang dihimpit masalah kewangan menerima geran berjumlah US$5,000.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Airbnb
#COVID-19
#koronavirus
#pandemik
#pelancongan
#PENJANA
#PKS
#sektor pelancongan
#usahawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan