awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ajal tiba dalam perih mencari rezeki, pesara ditemui mati dalam bot

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2020
03:01 MYT
Ajal tiba dalam perih mencari rezeki, pesara ditemui mati dalam bot
Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia ketika berada di perairan Kijal sebelum botnya hanyut kira-kira 30 kilometer ke perairan Kerteh. - Astro AWANI
KEMAMAN:Seorang nelayan yang juga pesara Jabatan Kerja Raya (JKR) ditemui mati dalam bot gentian kaca miliknya di perairan Kerteh, Kemaman, Terengganu.
Mayat Wan Razali Wan Hasan, 61 tahun, dijumpai sekumpulan nelayan yang dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan kira kira jam 6.30 petang Rabu.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt. Hanyan Ramlan ketika dihubungi berkata, mangsa keluar menangkap ikan bersendirian di perairan Pantai Penunjuk, Kijal sekitar jam 2 petang Rabu (30 September).
Menurut Hanyan, mangsa dipercayai sudah meninggal dunia ketika berada di perairan Kijal sebelum botnya hanyut kira-kira 30 kilometer ke perairan Kerteh.
Hanyan berkata, sekumpulan nelayan yang menemui mayat mangsa kemudiannya menunda bot berkenaan dan tiba di Jeti Kuala Kijal kira-kira jam 8.30 malam.
Pemeriksaan awal ke atas mangsa mendapati tiada sebarang unsur jenayah.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#nelayan
#pesara
#mati
#bot gentian kaca
#JKR
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan