awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Rakyat Sudan mangsa keadaan
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akan tukar kertas siasatan selepas terima laporan bedah siasat

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2018
10:58 MYT
Akan tukar kertas siasatan selepas terima laporan bedah siasat
Polis akan menukar kertas siasatan kes kematian seorang bayi lelaki berusia 10 bulan kepada Seksyen 302 kerana membunuh selepas menerima laporan lengkap daripada Unit Forensik Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, setakat hari ini, proses bedah siasat belum dijalankan.
“Buat masa ini siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 sementara menunggu laporan bedah siasat yang dijadual dilakukan, esok pagi,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Sabtu.
Dalam pada itu, Mohad berkata, pihaknya akan memohon perintah sambungan reman terhadap pengasuh terbabit di Mahkamah Majistret Tangkak, esok.
Selasa lalu, bayi malang terbabit dimasukkan ke HPSF setelah dirujuk dari Hospital Tangkak apabila terdapat kesan lebam di dahi kiri, pendarahan mata selain retak tempurung kepala yang serius.
Naufal Amsyar dipercayai terjatuh dari buaian sebanyak dua kali sebelum ini ketika berada di rumah pengasuh di Taman Sialang, Tangkak.
Ekoran itu, seorang wanita berusia 35 tahun yang juga pengasuh bayi terbabit kini direman polis selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1) (A) Akta Kanak-Kanak 2001.
Dalam pada itu, jenazah Naufal Amsyar dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kontang setelah urusan bedah siasat selesai dilakukan.
Topic Berkaitan
#Hospital Pakar Sultanah Fatimah
#HPSF
#kematian
#kertas siasatan
#Mahkamah Majistret Tangkak
#Mohad Idris Samsuri
#Naufal Amsyar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan