awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akibat cemburu, lelaki maut ditikam

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
28/05/2023
09:43 MYT
Akibat cemburu, lelaki maut ditikam
Sepasukan anggota polis yang dihantar ke lokasi kejadian menemui mangsa berlumuran darah dalam keadaan terlentang di dalam bilik asrama tersebut. - Foto PDRM
SUNGAI PETANI: Gara-gara cemburu, seorang lelaki warga Myanmar maut ditikam oleh seorang lagi lelaki dalam kejadian yang berlaku di sebuah asrama pekerja asing di Bakar Arang, di sini pada Sabtu.
Suspek sebelum itu dipercayai telah menjalinkan hubungan sulit dengan isteri mangsa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan ketika dihubungi Astro AWANI hari ini mengesahkan kejadian.
Katanya, pihak polis sebelum itu telah menerima laporan kejadian sekitar jam 1.30 tengah hari yang mengatakan seorang lelaki telah ditikam.
Susulan itu, sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian dan menemui mangsa yang berlumuran darah dalam keadaan terlentang di dalam bilik asrama tersebut.
“Hasil siasatan awal, ketika kejadian isteri mangsa berada di dalam bilik mereka. Mangsa kemudiannya berlari masuk dalam bilik terbabit dengan keadaan luka di bahagian kiri perut. Sebelum meninggal dunia, suaminya sempat memberitahunya, dia telah ditikam oleh suspek.
“Ketika polis melakukan pemeriksaan, polis turut menemui sebilah pisau berhulu hitam berukuran 29 sentimeter di perkarangan asrama kayu tersebut," katanya.
Katanya lagi, mangsa yang maut dikenal pasti sebagai Soe Htet, 34, dan mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat.
“Polis telah menahan suspek lelaki warga Myanmar berusia 35 tahun yang tinggal bersebelahan bilik mangsa,” ujarnya lagi.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
Topic Berkaitan
#maut ditikan
#hubungan sulit
#Sungai Petani
#cemburu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan