awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
21/02/2025
14:44 MYT
Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya. - Gambar hiasan
KAJANG: Akibat tekanan kewangan, seorang ahli perniagaan warga emas dipercayai membunuh isterinya sebelum cuba mencederakan diri sendiri di rumahnya di Bandar Sungai Long, di sini pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan daripada anak pasangan itu pada kira-kira 5.32 pagi berhubung kejadian itu sebelum bergerak ke tempat kejadian.
Menurutnya, ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.
Sehubungan itu katanya, polis menahan suami mangsa yang berusia 65 tahun serta merampas pisau yang digunakan dalam kejadian itu.
"Siasatan juga mendapati selain masalah kewangan, suspek juga dikatakan tertekan dengan penyakit yang dialami mangsa," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Naazron berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan punca kematian adalah disebabkan sesak nafas.
Pasangan itu ujarya, sudah mendirikan rumah tangga sejak 36 tahun dan mempunyai sepasang anak.
Beliau memberitahu, berdasarkan maklumat awal, suspek dipercayai sudah 25 tahun mengusahakan perniagaannya itu.
Menurutnya, polis menahan reman lelaki itu untuk tujuh hari bermula Jumaat.
Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Sehubungan itu, Naazron menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dengan keadaan ahli keluarga dan individu terdekat yang berdepan dengan tekanan perasaan atau masalah perkahwinan.
"Dapatkan khidmat nasihat dan kaunseling di Talian Kasih di talian 15999 atau mana-mana kaunselor bertauliah sekiranya diperlukan.," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Seksyen 302 Kanun Keseksaan
#suami bunuh isteri
#tekanan kewangan
#masalah kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan