KUALA LUMPUR: Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) adalah antara jalan utama yang akan ditutup sempena Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon (KLSCM) 2023 pada Sabtu dan Ahad ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata acara larian bertaraf antarabangsa yang bermula di Dataran Merdeka itu dijangka menarik penyertaan kira-kira 25,000 peserta dari dalam dan luar negara.
Beliau berkata beberapa jalan akan ditutup dan dilencongkan bermula 12 tengah malam hingga 11 pagi dan bagi KLSCM 2023 pada Sabtu, sebanyak 12 jalan akan ditutup antaranya Jalan Raja (Dataran Merdeka) menuju Jalan Raja Laut, Jalan Sultan Ismail dan Jalan Dang Wangi.
"(Selain itu,) Jalan Ampang arah ke pusat bandar, Jalan Kuching menuju Bulatan Dato Onn dan Jalan Parlimen serta Jalan Cenderawasih ke Jalan Lembah dan Bulatan Hishamuddin ke Jalan Raja. Pada Ahad pula, sebanyak 29 jalan ditutup antaranya AKLEH dan DUKE (dari arah Ulu Kelang sehingga ke Tol Duta).
"(Jalan lain termasuk) Jalan Lebuh Ampang ke Jalan Tun Perak, Jalan TAR dari Chow Kit ke Dataran Merdeka, Jalan Sultan Azlan Shah dari arah Sentul ke Jalan TAR, sepanjang Jalan Sultan Ismail kedua-dua hala, Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang dari bulatan Kg Pandan dan Jalan Tun Razak ke Jalan Kuching pusat bandar berhampiran WTC," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Allaudeen berkata, selain KLSCM 2023, pihaknya menutup jalan sempena Petronas Le Tour Langkawi Malaysia 2023 (LTDL 2023) yang telah memulakan perlumbaan sejak Sabtu lepas di Kerteh, Terengganu dan akan berakhir di KLCC, Kuala Lumpur pada 30 Okt ini.
Beliau berkata perlumbaan itu akan melalui beberapa jalan utama di ibu negara dan sembilan jalan akan ditutup.
"(Antaranya) Jalan Jelatek ke Jalan Ampang di pusat bandar dan ke Jalan Kg Pandan, Jalan Tun Razak ke Jalan Ampang bermula di hadapan bangunan PNB, dari persimpangan Jalan Sultan Ismail Jalan Ampang ke persimpangan Jalan Ampang Jalan Yap Kwan Seng.
"Kesemua penutupan dan lencongan jalan terbabit akan bermula pada 3.15 petang hingga 4.15 petang," katanya.
Justeru itu, beliau menasihati pengguna jalan raya yang ingin melalui jalan terbabit agar merancang perjalanan dan memberi kerjasama kepada pihak polis bagi memastikan kelancaran aliran trafik kawasan tersebut.
Katanya orang ramai boleh menghubungi Hotline Trafik Kuala Lumpur di talian 03-2071 9999/03-2071 9777 atau Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau layari laman sesawang Facebook Polis Kuala Lumpur atau Facebook Trafik Kuala Lumpur bagi sebarang pertanyaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 26 2023
Acara larian bertaraf antarabangsa yang bermula di Dataran Merdeka itu dijangka disertai kira-kira 25,000 peserta dari dalam dan luar negara. - Gambar fail/Bernama
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Pemimpin Israel berpecah kerana tadbir urus Gaza pasca perang
Ia turut didorong serangan tidak dijangka di beberapa wilayah Palestin oleh Hamas, selain kumpulan berkenaan mengumpulkan semula pasukannya di utara Gaza biarpun Israel sebelum ini, mendakwa ia sudah dinyahaktifkan di lokasi terbabit.
2,953 mangsa banjir di empat negeri pagi ini - NADMA
Beberapa sungai didapati masih berada pada paras bahaya di Johor, Kedah, Kelantan, Pahang, Perlis, Sabah, Selangor dan Terengganu.
Banjir: Dua jalan di Mersing ditutup untuk semua kenderaan
Jalan Kampung Orang Asli Peta dan Jalan Tenggaroh Timur-Tanjung Leman ditutup untuk semua kenderaan susulan dinaiki air banjir.
41 persimpangan jalan ditutup sempena Sambutan Ulang Tahun ke-150 Bandar Taiping
Penutupan persimpangan jalan tersebut akan bermula jam 6 petang dan dijangka tamat 10.30 malam.
Jalan Lojing-Gua Musang di Pos Blau ditutup
Hujan lebat berterusan mengakibatkan Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Pos Blau di sini ditutup semula kepada semua kenderaan pada Isnin.
Jalan ditutup sempena Penang 2nd Bridge PDRM 2023 Solidarity Fun Ride
Penutupan dan lencongan jalan akan dibuat secara berperingkat bermula jam 10 malam, 22 Disember hingga jam 3 pagi, 23 Disember ini.
Jalan Sungai Besi ditutup secara berperingkat mulai 2 Okt
Penutupan jalan itu bertujuan membolehkan kerja-kerja pelebaran, pengubahsuaian dan pembinaan jambatan di Bulatan Loke Yew dijalankan.
AKLEH, DUKE antara jalan utama ditutup sempena KLSCM 2023
Acara larian bertaraf antarabangsa yang bermula di Dataran Merdeka itu dijangka disertai kira-kira 25,000 peserta dari dalam dan luar negara.
Ambang Merdeka: Polis Ipoh laksana lencongan, penutupan jalan
Antara jalan yang terlibat adalah Bulatan Sultan Azlan Shah, Lebuh Meru Raya, Persiaran Meru Raya 1 dan Persiaran Meru Raya 2.
Zon Bebas Kenderaan: Sebahagian jalan di Banda Hilir akan ditutup setiap Sabtu
Sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir akan ditutup selama enam jam setiap Sabtu bermula minggu ini sebagai langkah percubaan pelaksanaan "Zon Bebas Kenderaan".
Beberapa jalan di Bukit Mertajam ditutup esok dan Ahad sempena sambutan St Anne
Penutupan jalan itu akan bermula jam 9 pagi Sabtu hingga jam 3 petang keesokannya membabitkan laluan dari Bukit Mertajam ke Kulim, Kedah dan sebaliknya.