awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeneral Rusia ditembak beberapa kali di Moscow
Pasukan forensik siasat lokasi serangan bom bunuh diri di masjid Islamabad
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKM Perlis: JKNP nasihat pengunjung patuh SOP, tidak merokok

Bernama
Bernama
26/03/2022
04:10 MYT
AKM Perlis: JKNP nasihat pengunjung patuh SOP, tidak merokok
Perokok boleh dikompaun mengikut Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 kerana merokok di tempat larangan. - Gambar hiasan
KANGAR: Jabatan Kesihatan Negeri Perlis (JKNP) menasihati pengunjung Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) Perlis di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra di sini supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sepanjang karnival itu.
Pengarahnya Dr Sirajuddin Hashim turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menghisap rokok di kawasan kompleks tersebut kerana premis itu adalah kawasan larangan merokok.
"JKNP meminta kerjasama orang ramai agar terus mengikut SOP iaitu mendaftarkan diri melalui aplikasi MySejahtera dan memakai pelitup separuh muka sepanjang berada di tapak karnival.
"Kami harap orang ramai patuh terhadap peraturan ini agar tidak dikompaun," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Dr Sirajuddin berkata JKNP menempatkan 25 orang penguat kuasa bagi memastikan orang ramai mematuhi SOP.
Mereka yang tidak mematuhi SOP boleh dikompaun mengikut Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) Pelan Pemulihan Negara 2021.
Perokok pula boleh dikompaun mengikut Peraturan 11 (1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 kerana merokok di tempat larangan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rokok
#SOP
#akm
#karnival
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan