Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah membantu 14,688 individu menyelesaikan sepenuhnya hutang mereka berjumlah RM593 juta melalui program pengurusan hutangnya (DMP) sehingga pada 30 Sept, 2017.
AKPK mewujudkan DMP untuk membantu peminjam memperbaiki kedudukan kewangan mereka dengan menyusun semula pinjaman perumahan, kenderaan dan peribadi mereka, termasuk baki kad kredit yang belum dijelaskan.
Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Azaddin Ngah Tasir, berkata sejak penubuhannya pada 2006, seramai 631,386 individu telah menghadiri khidmat kaunseling sehingga pada 30 Sept, 2017.
"Daripada jumlah itu, seramai 198,915 individu telah mendaftar dalam program ini," katanya kepada pemberita di luar AKPK Collaborators Award 2017 di sini hari ini.
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Abu Hassan Alshari Yahya, menyampaikan anugerah tersebut.
Azaddin berkata sebanyak 68.7 peratus daripada mereka yang mendaftar DMP adalah dalam kumpulan umur 30-50 tahun yang tidak dapat membayar hutang kad kredit mereka.
Beliau berkata perancangan kewangan yang lemah menjadi faktor utama bagi kesukaran kewangan yang dihadapi oleh pelanggan agensi dan ini merupakan 44.7 peratus daripada kes yang diterima, diikuti kos sara hidup yang tinggi (19.3 peratus), kegagalan atau kelembapan perniagaan (14.8 peratus), perbelanjaan perubatan yang tinggi (9.3 peratus) dan lain-lain (11.9 peratus).
"Sebanyak 14.6 peratus daripada individu bawah 30 tahun yang menyertai DMP tidak mempunyai masalah hutang tetapi ingin mendapatkan nasihat kewangan.
"Ini membuktikan dalam kalangan generasi muda, terdapat kesedaran untuk celik kewangan melalui program pendidikan kewangan AKPK," katanya.
Terdapat tiga kategori dalam AKPK Collaborators Award 2017.
Ia bertujuan memberi inspirasi kepada orang ramai untuk memainkan peranan dalam meningkatkan kesedaran kewangan dan mempromosikan pendidikan kewangan supaya mereka dapat membuat pilihan kewangan yang baik.
Amanah Ikhtiar Malaysia dan Taylor University meraih Anugerah Kolaborasi Terbaik bersama bagi Tempat Kerja dan Institusi Pengajian Tinggi, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) memenangi 'Anugerah Juri Khas' dan Norsela A. Manaf dari Politeknik Sultan Idris Shah menerima 'Anugerah Pelatih Terbaik'.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2017
Sejak penubuhan AKPK pada 2006, seramai 631,386 individu telah menghadiri khidmat kaunseling sehingga pada 30 Sept, 2017.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damsyik dibuka semula pada Ahad, seminggu selepas kejatuhan Presiden Syria, Bashar al-Assad.
Penyatuan, keamanan misi mencabar untuk Syria
Ketegasan pemimpin Syria yang tidak mahu adanya campur tangan kuasa besar, dianggap tindakan bijak bagi mengelakkan Syria kembali berpecah.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
AKPK lapor 53,000 individu bawah 30 tanggung hutang terkumpul RM1.9 bilion
Seramai 53,000 individu berumur bawah 30 tahun didapati dibebani hutang terkumpul berjumlah RM1.9 bilion.
AI mampu sediakan pendidikan sesuai keperluan individu - Mahasiswa
Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) mampu menyediakan pendidikan yang disesuaikan dengan keperluan individu.
Sedia dasar yang jelas, hala tuju ekonomi dan kekal persekitaran mesra perniagaan - IECM
Katanya, kestabilan politik pembolehubah yang sangat penting dalam membina laluan yang koheren dan berterusan bagi pembangunan mampan.
Data peribadi kira-kira 20 pelanggan didedahkan di laman web gelap - AKPK
AKPK turut menjangkakan penjenayah tersebut akan mendedahkan lebih banyak maklumat termasuk nama serta nombor MyKad terbabit.
Program literasi kewangan AKPK perlu mesra pengguna internet - BowerGroupAsia
Strategi tersebut mampu mendekati lebih ramai anak muda yang merupakan golongan majoriti diisytiharkan bankrap di Malaysia.
Beberapa sistem operasi AKPK dinyahaktif buat sementara waktu bagi cegah risiko selanjutnya
Baru-baru ini, pelayan AKPK yang mengandungi data pelanggan mungkin telah diakses secara haram.
CGC jalin kerjasama dengan AKPK tingkatkan literasi kewangan PMKS
Kerjasama itu membolehkan CGC merujuk pelanggan PMKS ke kursus e-pembelajaran, bengkel dan webinar AKPK mengenai topik yang berkaitan dengan literasi kewangan dan pengurusan kewangan.
Urus: Peminjam lain tidak boleh ambil kesempatan, bank dijangka berdepan impak minimum
Urus : Peminjam lain tidak boleh ambil kesempatan, bank dijangka berdepan impak minimum | Dagang News
PERMAI: Moratorium, pengurangan bayaran balik diteruskan sepanjang PKP
Bantuan moratorium dan pengurangan bayaran balik pinjaman akan terus disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BNM, industri perbankan tambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata pihaknya telah bekerjasama dengan industri perbankan untuk menambah baik pelaksanaan bantuan bayaran balik pinjaman bersasar.