Skip to main content

Malaysia

AKPS rampas 1,572 naskah surah Yasin, tahlil meragukan

Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas 1,572 naskhah buku surah Yasin dan tahlil yang didapati tidak mematuhi keperluan undang-undang termasuk mempunyai terjemahan meragukan pada 5 Nov. - Foto hiasan
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas 1,572 naskhah buku surah Yasin dan tahlil yang didapati tidak mematuhi keperluan undang-undang termasuk mempunyai terjemahan meragukan pada 5 Nov. - Foto hiasan
Advertisement

PASIR MAS: Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) merampas 1,572 naskhah buku surah Yasin dan tahlil yang didapati tidak mematuhi keperluan undang-undang termasuk mempunyai terjemahan meragukan pada 5 Nov. 

Komander AKPS Rantau Panjang Siti Khadijah Hamzah berkata rampasan itu susulan pemeriksaan ke atas sebuah lori kargo di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang yang dilakukan dengan Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kelantan. 

“Pemeriksaan mendapati kenderaan itu membawa 63,500 naskhah bahan al-Quran daripada pelbagai judul.

Advertisement

“Sebanyak 1,572 naskhah surah Yasin dan tahlil yang disyaki tidak mematuhi keperluan undang-undang itu dirampas untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di Kompleks ICQS Rantau Panjang di sini hari ini.

Siti Khadijah berkata nilai rampasan dianggarkan hampir RM10,000.

Advertisement

Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan KDN Kelantan Muhammad Hafizu Mohd Bokhori berkata buku tersebut dipercayai dicetak di Bangkok, Thailand dan dibawa masuk untuk diedarkan ke Johor.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 7B Akta Pencetakan Teks Al-Quran 1986.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement