awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AKSEM diletakkan sepenuhnya di bawah PDRM - Hamzah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
19/03/2021
06:43 MYT
AKSEM diletakkan sepenuhnya di bawah PDRM - Hamzah
Hamzah berkata, kawasan yang sesuai di bawah AKSEM akan menggunakan teknologi baharu yang canggih bagi mengurangkan masalah di sempadan negara. - Gambar fail
IPOH: Kerajaan bersetuju untuk meletakkan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ini bermakna, arahan selepas ini untuk agensi itu akan datang terus daripada Ketua Polis Negara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, semua anggota yang diserapkan di bawah agensi ini akan menjadi tanggungjawab PDRM.
"Bukan lagi seperti yang kita lakukan sekarang ini, kita pinjam-pinjam. Pinjam orang dari sini 100, agensi ini 50, dan akhirnya, arahan itu tak dapat turun ke bawah.
"Maka, apabila kita sudah pun lakukan ini, dan kabinet bersetuju, kita sudah maklumkan kepada PDRM. PDRM akan susun semula anggota, mana yang patut duduk di bawah AKSEM," katanya di sini, hari ini.
Hamzah ditemui selepas program Malaysia Prihatin Kementerian Dalam Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan.
Menurutnya, teknologi baharu yang canggih akan digunakan di pintu keluar masuk sempadan yang akan diumumkan kemudian, manakala kawalan secara fizikal akan digunakan di kawasan yang tidak boleh dilaksanakan menerusi teknologi.
Ia bagi mengawal berlakunya kes-kes pencerobohan pada masa akan datang.
Sebelum ini, keanggotaan AKSEM melibatkan lima agensi sedia ada iaitu PDRM, Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara.
Topic Berkaitan
#Hamzah Zainudin
#Aksem
#PDRM
#polis
#sempadan
#kawalan
#teknologi
#pintu masuk
#pencerobohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan