awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi lelaki tak berbaju pukul penunggang motosikal tular

Sinar Harian
Sinar Harian
03/09/2023
08:19 MYT
Aksi lelaki tak berbaju pukul penunggang motosikal tular
Video tular memaparkan seorang lelaki tanpa memakai baju bertindak memukul seorang penunggang motosikal di Cheras Perdana. -Foto Sinar Harian
KAJANG: Aksi samseng seorang lelaki tanpa memakai baju memukul seorang penunggang motosikal di Cheras Perdana, di sini, tular di media sosial, sejak Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, dalam kejadian disyaki berlaku pada jam 11.25 pagi, Jumaat, sebuah motosikal keluar secara tiba-tiba dari simpang sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal lain.
"Seorang lelaki tanpa memakai baju menunggang sebuah motosikal melalui jalan utama itu gagal mengawal kenderaan lalu melanggar motosikal yang keluar dari simpang.
"Lelaki tanpa memakai baju itu terus bertindak memukul penunggang motosikal berkenaan dengan menggunakan tangan dan kaki," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Mohd Zaid berkata, video berdurasi 30 saat yang memaparkan kejadian berkenaan telah dirakam melalui kamera papan pemuka sebuah kereta sebelum dimuat naik dan tular di laman Telegram Info Semasa Official pada Sabtu.
"Sehingga kini, kita masih belum menerima apa-apa laporan berhubung kemalangan atau kejadian pukul tersebut daripada pihak yang terlibat," katanya.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 279 dan 323 Kanun Keseksaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut, boleh menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat kes Inspektor Mu'az Mazlan di talian 017-9788804," katanya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#penunggang motosikal
#Cheras Perdana
#lelaki tak berbaju
#motosikal keluar simpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan