awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR adakan Kongres Nasional di Melaka pada 25-28 Jun
Barat berdepan "kesan buruk" jika penduduk Palestin diusir dari Gaza - Al-Sisi
Mesir gesa Israel undur dari Gaza, buka semula pintu sempadan Rafah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi "wheelie" di RnR Sungai Bakap: Polis tahan dua lagi individu

Bernama
Bernama
25/01/2026
12:15 MYT
Aksi "wheelie" di RnR Sungai Bakap: Polis tahan dua lagi individu
Polis berkata kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut, menjadikan jumlah individu ditahan setakat ini lapan orang. - Foto hiasan/BERNAMA
NIBONG TEBAL: Polis hari ini menahan dua lagi lelaki yang dikesan terkait dengan aksi menunggang motosikal secara berbahaya di kawasan rehat dan rawat (RnR) Sungai Bakap arah selatan yang rakamannya tular menerusi media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Jay January Siowou berkata tangkapan susulan itu dibuat hasil risikan dan siasatan oleh Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) SPS berkaitan kejadian itu.
Beliau berkata kedua-dua suspek ditahan untuk siasatan lanjut, menjadikan jumlah individu ditahan setakat ini lapan orang.
"Suspek direman dua hari hingga esok. Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana menunggang secara melulu dan membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain," katanya dalam kenyataan hari ini.
Jumaat lepas, polis mengesahkan menahan enam lelaki berusia 16 hingga 20 tahun susulan rakaman tular berdurasi 13 saat pada Rabu, memaparkan tindakan beberapa individu melakukan aksi mengangkat tayar hadapan (wheelie) serta membunyikan ekzos dengan kuat di stesen minyak kawasan rehat berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ahli wheelie
#RnR Sungai Bakap
#Polis Daerah Seberang Perai Selatan
#menunggang motosikal secara berbahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan