awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aksi zig-zag bawa padah, empat 'Mat Rempit' ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
12/07/2021
00:05 MYT
Aksi zig-zag bawa padah, empat 'Mat Rempit' ditahan
Kesemua suspek yang ditahan kerana menunggang motosikal dengan aksi berbahaya di Batu Pahat, Johor pada malam Sabtu telah dibawa ke BSPTD, Batu Pahat untuk tindakan lanjut. - Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Tindakan empat lelaki termasuk seorang remaja berusia 16 tahun menunggang motosikal dengan aksi berbahaya membawa padah apabila ditahan dalam Operasi Khas Samseng Jalanan di Batu Pahat, Johor pada malam Sabtu.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, kesemua yang ditahan dalam lingkungan umur 16 hingga 24 tahun itu dilihat menunggang sambil melakukan aksi menundukkan badan dan bersaing sesama sendiri.
Katanya, pasukan tangkapan terlihat aksi empat individu berkenaan sekitar jam 7 malam dan bertindak mengekori suspek sebelum melakukan tangkapan mengikut Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah.
“Sambil melakukan aksi bersaing sesama sendiri, mereka menundukkan badan dan aksi zig-zag bermula dari KM 15 hadapan Sekolah Menengah Sri Gading sehingga di KM 14 Simpang Kampung Baru.
“Apabila sampai di KM 12 persimpangan lampu isyarat Sri Bengkal/Sengkuang, suspek sekali lagi dilihat telah melakukan aksi yang sama sehingga di KM 11,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Nadzri berkata, kesemua suspek dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Batu Pahat untuk tindakan lanjut serta kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Artikel asal di Sinar Harian: Aksi zig-zag bawa padah, empat mat rempit ditahan
Topic Berkaitan
#motosikal
#mat rempit
#aksi berbahaya
#remaja
#polis
#ditahan
#Operasi Khas Samseng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan