KUALA LUMPUR:Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan menguatkuasakan Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) bermula esok.
Antara lain akta pindaan berkenaan bertujuan menambah baik standard penginapan pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua majikan perlu mematuhi penguatkuasaan akta berkenaan.
"Bagi majikan yang gagal mematuhi Akta 446 ini mereka boleh dikenakan denda sebanyak RM50,000 bagi setiap pekerja," katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Pindaan kepada Akta 446 telah diluluskan di Dewan Rakyat pada 15 Julai 2019 dan Dewan Negara pada 31 Julai 2019 serta diwartakan pada 18 September 2019.
Akta 446 (Pindaan) 2019 juga bertujuan untuk menambah baik Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 yang telah disediakan oleh Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).
Penambahbaikan Garis Panduan Penginapan Pekerja Asing 2018 itu antara lain meliputi standard ruang minimum kediaman, kemudahan asas bagi rumah dan pekerja serta elemen keselamatan dan kebersihan yang perlu dititikberatkan oleh majikan.
Selain itu, mengenai pekerja asing, Ismail berkata, kerajaan sebelum ini telah memutuskan agar semua mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19.
Justeru, katanya pelan tindakan dan mekanisme bagi pelaksanaan ujian saringan tersebut antaranya:
•Kesemua pekerja asing akan disaring melalui kaedah RTK-antigen.
• PERKESO akan menanggung kos sebanyak RM60 bagi setiap ujian saringan.
• KSM dan PERKESO akan menyelaras ujian saringan kepada pekerja asing daripada pelbagai aspek
termasuk jumlah pekerja, fasiliti klinik dan makmal, kos ujian saringan.
• Untuk permulaan, ujian saringan ini akan difokuskan kepada pekerja asing di Kuala Lumpur, Labuan, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah yang melibatkan seramai 888,342 orang pekerja.
• KSM akan menyediakan jadual terperinci bagi proses pelaksanaan program ini yang dijangka akan
mengambil masa selama 4 hingga 6 minggu untuk diselesaikan.
Rahimah Abdullah
Wed Nov 25 2020

Semua majikan perlu mematuhi penguatkuasaan akta berkenaan. -Gambar fail

AWANI Ringkas: Titah Agong: Petugas barisan hadapan, jangan putus asa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

"Antara hidup dan mati.." Imam Abdul Karim Omar kongsi keperitan COVID-19
Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sheikh Abdul Karim Omar berkongsi detik menginsafkan selepas disahkan positif COVID-19.

KPM syorkan guru ubahsuai cara PdPR bagi kekang masalah internet dan peranti
Menurut Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibab Abdul Rahim, pihaknya mengambil maklum mengenai cabaran tersebut dan melakukan penambahbaikan bagi pelaksanaan pembelajaran tahun ini.

Ramai pelajar dah sampai ke asrama, namun tidak diwajibkan pulang semula ke rumah
Jelas Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Habibah Abdul Rahim, pihaknya tidak mewajibkan pelajar tersebut untuk pulang ke rumah dan sebaliknya boleh tinggal di asrama dengan jagaan pihak kementerian pendidikan.

Masih dengan ketetapan, pelajar tidak perlu buat ujian saringan - KP Pelajaran
Kementerian Pendidikan Malaysia masih dengan ketetapan, pelajar atau pihak pengajar tidak perlu menjalani saringan Covid-19 Jika mahu menduduki peperiksaan atau pulang ke asrama dan kampus.

Pas mahu UMNO, Bersatu bergabung dalam PRU15 - Hadi
Pas mahukan supaya UMNO yang menerajui Muafakat Nasional, dan Bersatu yang mengetuai Perikatan Nasional 'bergabung' semasa menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Proklamasi Darurat bantu pemulihan ekonomi - Tengku Zafrul
Dakwaan yang mengatakan Proklamasi Darurat menakutkan golongan pelabur adalah tidak tepat, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.

COVID-19 | Halimah Mohamed Sadique positif COVID-19
Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamad Sadique disahkan positif jangkitan COVID-19 oleh Kementerian Kesihatan, selepas menjalani ujian saringan pada Isnin.

Dakwaan wanita, anak dijangkiti COVID-19 kerana kekhilafan KKM disiasat - Dr Noor Hisham
KKM sedang menjalankan siasatan mengenai dakwaan seorang wanita yang mendakwa kekhilafan kementerian itu sehingga menyebabkan dia dan anaknya dijangkiti COVID-19 daripadanya suaminya.

Banjir Sabah: 9 daerah masih terjejas, 673 mangsa dipindahkan
Sehingga pagi Isnin, seramai 673 mangsa dipindahkan, berbanding 348 yang dilaporkan petang kelmarin.

Siniawan mungkin kawasan pertama dilanda banjir di selatan Sarawak - Lee Kim Shin
Siniawan, sebuah kawasan penempatan pinggir bandar kira-kira 26km dari sini, berkemungkinan menjadi kawasan pertama di Bahagian Kuching yang dilanda banjir berikutan keadaan hujan berterusan.

Pulang ke rumah selepas banjir, berhati-hatilah...
Mangsa banjir yang telah kembali ke rumah masing-masing diingatkan supaya berwaspada terhadap ancaman haiwan berbisa.

PKPD Kampung Numbak, Penempatan Telipok di Sabah dilanjutkan
PKPD di lokaliti itu yang dijadual tamat pada 29 November ditangguhkan selama 14 hari.

PKPD di dua lokaliti Sabah dilanjutkan - Ismail Sabri
PKPD di Kampung Numbak dan penempatan Telipok, Kota Kinabalu yang dijadualkan tamat pada Ahad dilanjutkan 14 hari lagi sehingga 13 Disember.

Lima fokus utama kenyataan media Ismail Sabri pada hari ini
Berikut lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media pada hari ini:

Akta 446, tingkat standard penginapan pekerja asing berkuat kuasa esok - Ismail Sabri
Antara lain akta pindaan berkenaan bertujuan menambah baik standard penginapan pekerja asing dalam pelbagai sektor di negara ini.

COVID-19: Saringan di PPS hanya perlu jika terdapat kes positif, kontak rapat
Saringan COVID-19 melibatkan mangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) hanya dijalankan sekiranya terdapat kes positif atau kontak rapat di PPS terlibat.

PKPD di Penempatan Telipok, Kampung Numbak bermula Isnin
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata keputusan tersebut dibuat atas nasihat serta penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kampung penduduk Palestin di Tebing Barat dimusnah rejim Zionis
Israel merobohkan lebih 76 bangunan termasuk rumah, khemah, tempat perlindungan haiwan ternakan, tandas dan panel solar.