KUALA LUMPUR:Rang Undang-Undang (RUU) melibatkan isu gangguan seksual yang dijangka siap Mac ini dan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang, disifatkan terlalu lewat.
Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto berkata, penangguhannya sudah memakan masa hampir setahun kerana ia sepatutnya dibentangkan pada Mac tahun lepas.
Menurutnya, RUU berkenaan sudah mengalami beberapa siri penangguhan termasuk disebabkan oleh krisis politik yang berlaku dalam negara.
“Ia amat-amat lewat. Mengikut rancangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di zaman Pakatan Harapan, ia sepatutnya dibentangkan sepenuhnya pada Mac 2020, tetapi tertangguh kerana Langkah Sheraton, maka kami mendesak untuk dibentangkan pada Julai.
“Oleh kerana draf RUU itu di pejabat Jabatan Peguam Negara (AGC) ketika itu, ia dijadualkan semula untuk dibentangkan pada akhir tahun lepas, tetapi biasalah, hujung tahun adalah perbahasan belanjawan,” katanya ketika diwawancara Astro AWANI hari ini.
Menzahirkan kekecewaan, Kasthuri berkata, beliau juga bimbang mengenai pindaan isi kandungan draf RUU itu memandangkan banyak usaha dan perbincangan telah dilakukan pihaknya sebelum ini.
“Saya berasa kecewa kerana ia masih lagi di peringkat AGC.
"Dan saya khuatir dengan kandungan RUU tersebut, sama ada apa yang dibincangkan sebelum ini dengan semua pemegang taruh, dipersetujui, atau apakah perbezaan draf asal dengan pindaan AGC yang telah dibuat,” jelas Kasthuri.
BACA: Di mana suara anda Rina Harun? - Kasthuri Patto
BACA: Akta khusus tangani gangguan seksual sedang diteliti
BACA: Rang Undang-undang Gangguan Seksual dibentang akhir tahun ini - Rina
Katanya, antara pemegang taruh terbabit ialah Bar Council, Women's Aid Organisation (WAO), WCC, Sister in Islam, ABIM dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain.
Beliau mendakwa, penangguhan tersebut akan menyebabkan mangsa gangguan seksual, sama ada lelaki atau perempuan, tidak dapat keadilan yang sepatutnya dalam sistem perundangan negara.
“Kita dengar banyak kes ditutup.
"Contohnya, kalau pensyarah berkelakuan tidak senonoh dengan pelajar, dengan siasatan dalaman universiti tersebut, ia akan diselesaikan secara dalaman.
"Atau gangguan seksual yang melibatkan syarikat besar, jarang kita dengar akta lain digunakan ke atas syarikat berkenaan,” katanya.
BACA: KPWKM mahu wujudkan Akta Gangguan Seksual
BACA: Gubal segera undang-undang gangguan seksual di tempat kerja - Wanita PKR
BACA: RUU berkait gangguan seksual dikemuka untuk dibahas dalam sidang Dewan Rakyat akan datang
Tegas Kasthuri, negara memerlukan satu akta yang baik dan bagus bukannya akta yang tidak kuat dan memerlukan pindaan berkali-kali.
Beliau juga menyeru Menteri KPWKM Datuk Seri Rina Mohd Harun supaya mengambil inisiatif membuka ruang diskusi bersama pihak pembangkang sebelum ia dibentangkan di Parlimen.
Semalam, Rina berkata, RUU melibatkan isu gangguan seksual kini berada pada peringkat terakhir penelitian pihak AGC dan dijangka siap menjelang Mac.
Azyyati Ahmad
Mon Feb 15 2021
KASTHURI: Mengikut rancangan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di zaman Pakatan Harapan, ia sepatutnya dibentangkan sepenuhnya pada Mac 2020. - Gambar fail
Pemotongan Kadar Faedah US Fed: Impak Terhadap Ekonomi Dunia dan Malaysia
US Fed memotong kadar faedah sebanyak 50 mata asas dan merancang tiga lagi pemotongan sehingga 2026. Apakah impak keputusan ini terhadap ekonomi global dan pasaran Malaysia?
[TERKINI] Perkembangan banjir di Kedah setakat 9 pagi 20 September 2024
Bandar bahagia, Kluang tawar kehidupan tenang, penuh harmoni
Kluang diiktiraf sebagai antara 10 Bandar Bahagia pada 2022 hasil kajian Indeks Kebahagiaan yang dijalankan bersempena dengan sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2022.
The Selangor Smart City & Digital Economy Convention 2024: Membentuk Masa Depan Digital Malaysia
Konvensyen Bandar Pintar & Ekonomi Digital Selangor (SDEC) 2024 akan berlangsung dari 16 hingga 19 Oktober, menghimpunkan pemimpin industri, startup, dan PKS untuk membincangkan rangka kerja bandar pintar dan ekonomi digital masa depan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit diniagakan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat pada sesi awal urus niaga Jumaat apabila penyusutan harga minyak menjejaskan sentimen.
[TERKINI] Datuk Eddin Syazlee Shith meninggal dunia
Bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Eddin Syazlee Shith meninggal dunia pada 7.10 pagi tadi di rumahnya di Bukit Chedang.
Mitsubishi XPANDER 2024 ‘facelift’ dilancar di Malaysia - dua varian, 1.5L 4AT, bermula RM99,980
XPANDER terbaharu ini direka dengan teliti untuk menepati keperluan pelbagai keluarga moden juga individu berjiwa kembara.
SamurAI: Perkasa perniagaan dengan Vision AI
Tapway memperkenalkan SamurAI, sebuah platform yang membolehkan syarikat membina, melatih, dan menggunakan penyelesaian Vision AI dengan cepat tanpa perlu kepakaran teknikal dalaman atau kos tinggi. SamurAI dijangka akan mengubah landskap industri seperti pengangkutan, pembuatan, logistik, pertanian, dan bandar pintar di Malaysia.
AWANI Pagi: Inovasi robotik tarik minat anak muda
Ikuti perbincangan AWANI Pagi dalam memahami bidang teknologi robotik yang mengangkat bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bersama Persatuan Robotik UniKL.
Ketahui ancaman tersembunyi perbuatan merokok, hisap vape kepada orang tersayang
"Dengan vape, anak-anak muda secara tidak sengaja menjadi tikus putih dalam eksperimen yang tidak terkawal."
Parlimen: Gangguan seksual masih kurang dilaporkan - Siti Zailah
Sekiranya tidak dilaporkan, agak sukar untuk pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.
Akta gangguan seksual: Saya kecewa ia masih di peringkat AGC - Kasthuri Patto
Tegas Kasthuri, negara memerlukan satu akta yang baik dan bagus bukannya akta yang tidak kuat dan memerlukan pindaan berkali-kali.