awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Hasutan akan dimansuhkan - Vui Keong

Astro Awani
Astro Awani
10/05/2019
03:31 MYT
Akta Hasutan akan dimansuhkan - Vui Keong
Kerajaan kini sedang melihat pelbagai faktor bagi memansuhkan Akta Hasutan 1948, kata Liew Vui Keong. - Gambar BERNAMA
Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong.
Beliau berkata, kerajaan telah membuat keputusan pada mesyuarat Kabinet untuk memansuhkan akta itu dan kini sedang melihat pelbagai faktor bagi melaksanakannya.
"Kami mahu memastikan bahawa tidak semestinya semua kenyataan yang dibuat boleh menghasut kerana kami ingin memastikan kenyataan tertentu mendapat beberapa bentuk kebebasan... tetapi bukan kami membenarkan semua orang untuk membuat kenyataan yang mencemarkan nama raja dan pemimpin kita khususnya," katanya.
Bercakap kepada pemberita pada satu sidang akhbar baru-baru ini bersempena ulang tahun pertama kerajaan Pakatan Harapan di sini, Liew berkata, selepas pemansuhan akta itu, satu formula baharu akan diperkenalkan untuk menggantikannya.
"Bagaimanapun, kami dalam Pakatan Harapan sebenarnya tidak keberatan sekiranya orang mahu mengkritik kami. Kritikan membina bagus dalam kerajaan kerana dari situ kita dapat maju dan berkembang," katanya.
Selain itu, Liew berkata, kerajaan juga sedang melihat kemungkinan memperkenalkan undang-undang menangani gejala mengintai atau menghendap kerana perbuatan itu telah menjadi trend.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata Jawatankuasa Kabinet Khas yang ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) akan mengeluarkan laporan lengkap antara Jun dan Julai tahun ini.
Menyelami semangat Malaysia Baharu, kerajaan Pakatan Harapan komited mempertahankan MA63 yang mana kedudukan Sabah dan Sarawak sebagai rakan kongsi yang sama dengan Semenanjung akan dipulihkan seperti yang termaktub dalam perjanjian. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Hasutan 1948
#Akta Hasutan akan dimansuhk
#Liew Vui Keong
#Malaysia Baharu
#Pakatan Harapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan