awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
SPRM tahan Pengerusi IJM Corp, bantu siasatan tadbir urus, aset luar negara RM2.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 - Perkukuh penguatkuasaan, hukuman kini lebih berat

Astro Awani
Astro Awani
06/11/2025
03:20 MYT
Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 - Perkukuh penguatkuasaan, hukuman kini lebih berat
Pemeriksaan sedang dijalankan oleh Pegawai Jabatan Alam Sekitar. - Foto JAS
KUALA LUMPUR: Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 kini memperkukuh aspek hukuman dan penalti yang lebih tegas. Ini menandakan keseriusan kerajaan dalam menangani pencemaran dan memastikan penguatkuasaan alam sekitar yang lebih berkesan.

Ringkasan AI
  • Penalti alam sekitar diperketat: Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 menetapkan denda antara RM5,000 hingga RM10 juta, berbanding maksimum RM500,000 sebelum ini.
  • Fokus pada sisa industri dan e-waste: Langkah ini bertujuan mengurangkan pencemaran serius, khususnya melibatkan pelupusan sisa elektronik dan industri.
  • Peranan masyarakat ditekankan: Penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi; kesedaran awam dan tanggungjawab bersama penting untuk pemuliharaan alam sekitar.

Menurut Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Melaka, Rosli Mustafa, pindaan terkini memberi penekanan kepada hukuman dan penalti yang lebih tinggi bagi kesalahan pencemaran alam sekitar.
“Penekanan diberikan kepada hukuman dan penalti. Antaranya adalah penalti dikenakan berada dalam julat RM5,000 hingga RM10 juta. Dahulu maksimum penalti hanya RM500,000, tapi sekarang dah makin tinggi.
Ini jelas menunjukkan betapa seriusnya kerajaan dalam menangani isu alam sekitar,” katanya ketika ditemu bual dalam rancangan AWANI Pagi.
Pegawai JAS menjalankan pemeriksaan di tapak pelupusan sampah.
Pegawai Jabatan Alam Sekitar menjalankan pemeriksaan di tapak pelupusan sampah.
Langkah ini dijangka dapat mengurangkan kes pencemaran yang semakin membimbangkan, khususnya melibatkan pelupusan sisa industri dan barangan elektronik.
Namun, beliau turut menekankan bahawa penguatkuasaan sahaja tidak mencukupi. Tanggungjawab masyarakat dalam menjaga alam sekitar juga perlu diperkasakan.
“Semua ada peranan masing-masing. Kalau dulu kita tak risau dan cakna tentang bagaimana hendak membuang dan melupuskan sisa e-waste, seperti barang-barang elektrik dan elektronik yang kita nak lupus begitu sahaja. Tapi sekarang kita perlu ada rasa sayang kepada alam sekitar,” ujarnya.
Beliau menyeru masyarakat untuk memupuk kesedaran dan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar, agar usaha pemuliharaan dapat dilaksanakan secara menyeluruh, bukan sahaja di peringkat komuniti, malah di peringkat dasar dan pentadbiran.
Akta yang dipinda ini dilihat sebagai langkah proaktif kerajaan dalam menangani cabaran pencemaran dan perubahan iklim, selaras dengan aspirasi ke arah pembangunan madani dan menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia.
Topic Berkaitan
#Akta Kualiti Alam Sekeliling Pindaan 2024
#pencemaran
#Jabatan Alam Sekitar
#denda
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan