SHAH ALAM: Cadangan mewujudkan penggal tetap Parlimen mempunyai kebaikan dari sudut kelancaran sistem pilihan raya, namun ia tidak membawa maksud penggal tetap bagi Perdana Menteri.
Pensyarah di Pusat Polisi Perdana, Fakulti Teknologi dan Informatik Razak Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Profesor Madya Muhammad Fathi Yusof berkata, sistem penggal tetap Perdana Menteri tidak mustahil untuk dilaksanakan, namun pelaksanaannya akan mewujudkan kepincangan dalam asas amalan demokrasi berparlimen.
Menurutnya, penggal tetap Parlimen dan penggal tetap Perdana Menteri adalah dua perkara yang berbeza.
“Penggal tetap Perdana Menteri ini pada umumnya boleh dilaksanakan dengan meminda peruntukan Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan, dan beberapa peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.
“Perkara 43(4) Perlembagaan menetapkan bahawa jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, Perdana Menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri, melainkan jika atas permintaannya, Parlimen dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Ahad.
Beliau berkata, demikian mengulas mengenai kenyataan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkenaan kerajaan melalui Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) akan meneruskan kajian terperinci termasuk kajian impak dan mendapatkan pandangan orang awam berkenaan pengenalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap.
Muhammad Fathi berkata, jika ingin menjadikan jawatan Perdana Menteri sebagai jawatan tetap, peruntukan itu perlu menyebut secara jelas bahawa seseorang Perdana Menteri yang dilantik akan terus memegang jawatannya sehingga tamat penggal Parlimen, melainkan jika beliau meletakkan jawatan.
“Namun pindaan kepada peruntukan ini belum memadai bagi menjamin kedudukan jawatan seseorang Perdana Menteri. Sebagai negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen, pada dasarnya kedudukan seseorang Perdana Menteri tetap terikat kepada kepercayaan majoriti anggota Dewan Rakyat.
“Bahkan pelantikan beliau juga berteraskan penilaian Yang di-Pertuan Agong berkaitan kepercayaan yang dimiliki dalam Dewan Rakyat.
“Jika seseorang Perdana Menteri hilang sokongan majoriti, maka dia dianggap memimpin sebuah kerajaan minoriti,” katanya
Jelasnya, dalam situasi ini Perdana Menteri terdedah kepada kesulitan untuk mentadbir secara lancar dan cekap kerana segala usul yang dikemukakan oleh kerajaan di Dewan Rakyat akan berdepan dengan risiko penolakan akibat tidak mendapat sokongan majoriti.
“Bagi usul yang penting seperti usul kelulusan belanjawan tahunan, penolakan oleh Dewan Rakyat akan melumpuhkan pentadbiran negara, yang akhirnya akan memaksa seseorang Perdana Menteri terpaksa meletakkan jawatan,” katanya.
Muhammad Fathi berkata, penggal tetap Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) pula bermaksud menjadikan tempoh jangka hayat Parlimen dan DUN ditetapkan misalnya selama lima tahun dan tidak ada ruang untuk membolehkan pembubaran lebih awal dari itu.
“Bagi melaksanakannya, Perkara 55 (2) dan (3) Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda untuk menghapuskan kuasa membubar Parlimen lebih awal dari tempohnya iaitu lima tahun. Pindaan yang serupa juga wajar dibuat pada peringkat negeri-negeri bagi menjadikan DUN tamat pada tarikh dan tempoh yang sama dengan Parlimen.
“Kebaikan penggal tetap Parlimen ialah dapat mewujudkan kepastian dari sudut penjadualan pilihan raya. Idea ini telah lama diperkatakan kerana amalan pembubaran Parlimen atau DUN lebih awal dari tempoh lima tahun mendorong parti-parti politik memulakan kempen tidak rasmi terlalu awal dan pihak-pihak berkepentingan tertunggu-tunggu tarikh pilihan raya,” katanya.
Beliau berkata, perubahan kepada sistem penggal tetap Parlimen perlu disertakan dengan sistem pilihan raya umum serentak antara Parlimen dan semua DUN dengan jadual tetap bukan sahaja dapat mengendurkan budaya berpolitik yang berpanjangan, bahkan dapat menjimatkan kos pengendalian pilihan raya umum dan melegakan pihak-pihak yang terjejas akibat spekulasi tarikh pilihan raya.
“Bagi menyesuaikan dengan perancangan pembangunan berkala Rancangan Malaysia (RM) yang kebiasaannya mengikut penggal (01-05) dan penggal (06-10), tarikh pilihan raya umum seeloknya dibuat pada pertengahan tahun terakhir Rancangan Malaysia iaitu pada gandaan tahun (05) dan (10), misalnya tahun 2025 dan tahun 2030.
“Jika tarikh tetap pilihan raya umum ditentukan pada bulan Jun, kerajaan baharu mempunyai tempoh masa yang mencukupi untuk merangka perancangan lima tahun penggal pentadbirannya.
“Namun demikian, sistem penggal tetap Parlimen tidak semestinya bermaksud penggal yang tetap untuk Perdana Menteri. Penggal tetap Perdana Menteri sukar dilaksanakan kerana sistem demokrasi berparlimen berteraskan kepercayaan anggota Dewan Rakyat,” katanya.
Tambahnya, perubahan-perubahan yang dicadangkan tidak boleh dibuat melalui Akta Parlimen biasa, tetapi perlu dilakukan dengan pindaan Perlembagaan yang memerlukan undi dua pertiga anggota Dewan Rakyat. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 15 2024
Menurut Muhammad Fathi, kebaikan penggal tetap Parlimen ialah dapat mewujudkan kepastian dari sudut penjadualan pilihan raya. - Foto Sinar Harian
X ubah ciri 'block', komen masih boleh dibaca
CIRI block di X (Twitter) ialah cara paling mudah untuk menghalang akaun tertentu daripada muncul di susur masa atau pemegang akaun membaca ciapan anda.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
UNESCO hadiahkan semua wartawan di Gaza anugerah PBB
Sebagai sebuah badan PBB yang menggalakkan keamanan dan keselamatan dunia, bumi gaza telah menjadi enjadi tempat paling maut bagi wartawan dalam sejarah susulan serangan kejam israel membunuh puluhan ribu manusia.
Piala Thomas 2024: 15 skrin besar tayang aksi separuh akhir Malaysia-China esok
Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024 antara Malaysia dan China yang akan ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, pada Sabtu ini
Kes demam denggi berkurangan pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Jumlah kes demam denggi dilaporkan berkurangan kepada 2,237 kes pada Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) iaitu dari 21 April hingga 27 April lalu berbanding 2,321 kes pada minggu sebelumnya.
Polis giat buru suspek samun pemain TFC
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, mangsa yang juga pemain bola sepak kebangsaan berusia 25 tahun cedera di kepala, kaki kiri dan lengan kiri.
Bapa ditahan dera anak usia 2 tahun
Seorang lelaki diberkas dipercayai mendera anak perempuannya yang berumur dua tahun dalam kejadian di sebuah rumah dekat Taman Pinggiran Cheras.
Kes demam denggi menurun pada ME17, tiada kematian - KP Kesihatan
Orang awam dinasihati supaya mengelak daripada berada di luar rumah pada waktu puncak gigitan nyamuk aedes.
KPM sedar sistem pendidikan berdepan krisis
Semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia sedar bahawa sistem Pendidikan negara sedang berdepan dengan krisis.
Lebih 500,000 pelajar Sabah nikmati manfaat pembaikan sekolah daif
Seramai 514,070 murid dan pelajar di Sabah menikmati prasarana sekolah lebih baik hasil usaha berterusan kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pendidikan dalam menaik taraf sekolah daif serta kerja-kerja penyelenggaraan bangunan sekolah di negeri itu
Cadangan gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap masih dalam kajian - Azalina
Cadangan untuk menggubal Akta Parlimen Berpenggal Tetap masih dalam peringkat kajian terperinci, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othm
Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan tidak demokratik - Wan Junaidi
Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak boleh dianggap sebagai tidak demokratik, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Langkah Dubai? Ini fakta yang perlu diketahui tentang Akta Parlimen Berpenggal Tetap
Akta Parlimen Berpenggal Tetap (APBT): Soalan-soalan lazim (FAQs) dan jawapan oleh Projek Kestabilan dan Akauntabiliti untuk Malaysia (Sama).
Pertimbang cadangan Pilihan Raya Perdana Menteri, jika mahu luluskan Akta Parlimen Berpenggal Tetap - Penganalisis
Pilihan Raya Ahli Dewan Rakyat dan Pilihan Raya Perdana Menteri perlu dilaksanakan Akta Parlimen Berpenggal Tetap hendak dikuatkuasakan dalam sistem semasa demokrasi negara.
Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak libatkan penggal tetap Perdana Menteri
Katanya, sistem penggal tetap Perdana Menteri tidak mustahil untuk dilaksanakan, namun pelaksanaannya akan mewujudkan kepincangan.
RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal mampu kukuhkan negara - Abang Johari
Abang Johari berkata semua pemimpin parti politik seharusnya lebih mengutamakan kestabilan pemerintahan dan usaha memulihkan ekonomi negara.
Belum ada perbincangan mendalam RUU kekal kerajaan hingga akhir penggal - Fahmi
Belum ada sebarang perbincangan mendalam berhubung rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan sesebuah kerajaan yang mentadbir negara hingga ke akhir penggal.
Usaha gubal Akta Parlimen Berpenggal tetap bukan langkah terdesak - Azalina
Ia sebagai menghormati mandat pilihan raya, proses demokrasi dan memastikan kestabilan politik dalam keadaan semasa geopolitik yang tidak menentu.
AWAN cadang Akta Parlimen Berpenggal tetap diwujudkan, jamin kestabilan politik negara
Akta Parlimen Berpenggal Tetap perlu diwujudkan bagi menjamin kestabilan politik negara dan menepis sebarang cubaan menjatuhkan Kerajaan Persekutuan setiap kali ia dibentuk.