awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila agama 'berbicara' tentang pendermaan jasad
Ikon Bahasa Melayu Negara Lim San Shien dilantik YDP Debat Statistik Negara 2025
Banjir di Kuching: Jumlah mangsa menurun, PPS meningkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktivis Malaysia Musa Nuwayri dakwa ditahan secara tidak sah oleh Israel di perairan antarabangsa

Astro Awani
Astro Awani
01/10/2025
21:23 MYT
Aktivis Malaysia Musa Nuwayri dakwa ditahan secara tidak sah oleh Israel di perairan antarabangsa
Rakaman video yang dimuat naik sebelum pemintasan berlaku dipercayai sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya komunikasi terputus. - Foto Thread/musanuwayri
“KERANA jika kalian menonton video ini, bermakna saya Musa Nuwayri (Delegasi Malaysia) di Kapal Alma sudah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa.”

Ringkasan AI
  • Musa Nuwayri, aktivis Malaysia di Kapal Alma, dipercayai ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel di perairan antarabangsa, seperti dinyatakan dalam rakaman video yang tular.
  • Penahanan berlaku ketika Israel dalam penutupan Yom Kippur, menyebabkan sistem mahkamah dan penjara tidak beroperasi, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap status undang-undang aktivis yang ditahan.
  • Global Sumud Flotilla menyifatkan tindakan Israel sebagai pencabulan undang-undang laut dan hak asasi manusia, dan menegaskan misi bantuan ke Gaza akan diteruskan demi solidariti global.

Itulah mesej rakaman yang tular hari ini, dipercayai dirakam sebelum aktivis kemanusiaan Malaysia, Musa Nuwayri, ditahan oleh tentera laut Israel dalam insiden pemintasan flotila bantuan ke Gaza.
Musa, Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Syria Malaysia, merupakan salah seorang daripada 34 rakyat Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) - konvoi kemanusiaan antarabangsa yang membawa bantuan makanan, ubat-ubatan dan mesej solidariti ke Gaza.
Kapal Alma yang dinaiki beliau dilaporkan telah dipintas bersama lima lagi kapal oleh tentera Israel di perairan antarabangsa pada Rabu malam.
Menurut laporan media Israel termasuk Channel 13, tentera telah menaiki kapal-kapal tersebut dan menahan ramai aktivis.
Namun, penahanan berlaku ketika Israel berada dalam penutupan hampir menyeluruh sempena cuti Yom Kippur, menyebabkan sistem mahkamah dan penjara tidak beroperasi.
Ini mencetuskan kebimbangan terhadap status undang-undang aktivis yang ditahan, termasuk Musa Nuwayri.
Rakaman video yang dimuat naik sebelum pemintasan berlaku dipercayai sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya komunikasi terputus.
Dalam video tersebut, Musa menyatakan bahawa jika ia ditonton, maka beliau telah ditahan secara tidak sah oleh rejim Israel.
GSF dalam kenyataan rasmi menyifatkan tindakan Israel sebagai pencabulan undang-undang laut antarabangsa dan hak asasi manusia, memandangkan kapal-kapal tersebut berada di perairan antarabangsa dan tidak bersenjata.
Mereka turut mendakwa sistem komunikasi kapal telah diganggu secara sengaja bagi menghalang siaran langsung dan isyarat kecemasan.
Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sebelum ini telah menyatakan sokongan penuh terhadap misi GSF dan berhubung secara langsung dengan Musa Nuwayri dalam panggilan video sebelum insiden berlaku.
Setakat ini, status sebenar Musa dan aktivis lain masih belum disahkan.
Pihak berkuasa Malaysia dijangka mengeluarkan kenyataan lanjut dalam masa terdekat.
GSF menegaskan bahawa walaupun sebahagian kapal telah dipintas, pelayaran mereka akan diteruskan demi rakyat Gaza dan solidariti global.
Topic Berkaitan
#Berita Terkini Global Sumud Flotilla
#Sumud Flotilla Tracker
#Sumut Nusantara Tracker
#Musa Nuwayri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami