awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ronaldo ledak dua gol, Al Nassr cipta rekod 10 kemenangan berturut-turut
Libya adakan pengebumian ketua tentera, pegawai maut nahas pesawat di Turkiye
Rusia lancar serangan udara paling lama ke atas Kyiv menjelang rundingan damai Trump-Zelensky
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aktiviti ketenteraan Pyongyang ancam masyarakat antarabangsa - Pentagon

Bernama
Bernama
13/09/2021
04:54 MYT
Aktiviti ketenteraan Pyongyang ancam masyarakat antarabangsa - Pentagon
Pentagon memberi reaksi terhadap pelancaran peluru berpandu jarak jauh di Korea Utara pada Sabtu dan Ahad. - Reuters
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyifatkan aktiviti ujian peluru berpandu terbaharu Korea Utara sebagai satu ancaman kepada masyarakat antarabangsa, kata Pentagon.
Pada Isnin, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan Korea Utara menguji peluru berpandu jarak jauh jenis baharu pada Sabtu dan Ahad.
"Kami tahu mengenai laporan pelancaran peluru berpandu Korea Utara. Kami akan terus memantau rapat keadaan dan berunding dengan sekutu dan rakan kongsi kami, " lapor Sputnik menurut Jabatan Pertahanan AS pada Ahad.
BACA: Korea Utara umum uji peluru berpandu jarak jauh
Pentagon menambah bahawa aktiviti ketenteraan Korea Utara memperlihatkan "ancaman terhadap jirannya dan masyarakat antarabangsa" dan Washington tetap komited untuk mempertahankan Korea Selatan dan Jepun.
Peluru berpandu jarak jauh yang dilancarkan itu terbang sejauh 1,500 kilometer sebelum mencapai sasaran.
Menurut KCNA ujian tersebut berjaya dan mengambil masa dua tahun untuk persediaan dan penyelidikan. Pelancaran peluru berpandu itu turut disaksikan oleh pegawai kanan Korea Utara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pentagon
#Amerika Syarikat
#Korea Utara
#peluru berpandu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan