MERSING: Aktiviti selam snorkel dan lawatan pulau-pulau di sekitar perairan Mersing dibenarkan semula mulai hari ini, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Bagaimanapun, Pegawai Daerah Mersing Mohammed Shakib Ali berkata aktiviti selam skuba masih belum dibenarkan.
"Semua pengusaha resort, chalet, bot pelancong dan bot 'island hopping' (lawatan pulau-pulau) perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan termasuk mendaftar dengan Majlis Daerah Mersing melalui Mersing Tourism Operator System (MeTOS), bermula 1 Mei depan.
"Satu SOP akan dikeluarkan dalam masa terdekat," katanya dalam hantaran menerusi laman Facebook Pejabat Daerah Mersing hari ini.
Mohammed Shakib berkata keputusan itu merupakan lanjutan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan Daerah Mersing dan Mesyuarat Khas Pembukaan Aktiviti Laut di perairan Mersing yang dipengerusikan oleh beliau dan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar, Warisan dan Budaya negeri K.Raven Kumar.
BACA: Aktiviti selam skuba, snorkeling di Mersing diarah henti serta-merta
Pada 7 April lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan kesemua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan buat sementara waktu.
Titah itu susulan empat penyelam warga asing dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, kira-kira sembilan batu nautika dari Tanjung Leman di sini, pada 6 April lepas.
Tiga penyelam Kristine Grodem, 35, warga Norway, Adrian Peter Chesters, 46, warga British dan Alexia Alexandra Molina, 18, warga Perancis ditemukan selamat manakala Nathen Renze Chesters, 14, warga Belanda meninggal dunia.
Mersing mempunyai lima pulau utama iaitu Pulau Sibu, Pulau Besar, Pulau Tinggi, Pulau Aur dan Pulau Pemanggil.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Apr 18 2022
Semua pengusaha resort, chalet, bot pelancong dan bot 'island hopping' perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan. - Gambar hiasan/ Bernama
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Insiden tembakan KLIA: Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu hari ini
Suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.
Nahas helikopter Lumut: Sultan Pahang titah masjid laksanakan solat jenazah ghaib
Al-Sultan Abdullah turut menzahirkan rasa sedih dan dukacita dengan tragedi itu yang mengorbankan 10 anggota TLDM.
Harimau Muda tutup kempen di Qatar tanpa sebarang kemenangan
Harimau Muda tamatkan kempen di tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata susulan tewas 0-2 masing-masing di tangan Uzbekistan dan Vietnam dalam dua aksi pertama.
[LAPOR LANGSUNG] Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
Kedua-dua helikopter sedang menjalani raptai buat kali ketiga sempena sambutan Hari Terbuka Armada TLDM yang dijangka berlangsung Sabtu ini.
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut : “Anak saya wira negara” - Bapa
Mohamad Borak reda dengan apa yang berlaku kerana tragedi sebegini adalah resam sebagai pejuang negara.
Pelancong China lemas ketika snorkeling
Seorang pelancong asing yang melakukan aktiviti snorkeling ditemukan lemas dalam kejadian di perairan sebuah resort di Pulau Bum-Bum, dekat sini pada Jumaat.
Penyelam skuba kutip sampah di dasar laut
Tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat perlu dipertingkatkan secara berterusan agar keindahannya dapat diwarisi generasi akan datang.
Aktiviti 'snorkeling', 'island hopping' di Mersing dibenarkan semula
Aktiviti selam snorkel dan lawatan pulau-pulau di sekitar perairan Mersing dibenarkan semula mulai hari ini, mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Pelancong China mati lemas ketika snorkeling
Beliau berkata lelaki itu dikenali sebagai Li Jing, 29, berasal dari Beijing ditemukan lemas oleh rakan-rakannya kira-kira 2 petang.