Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung penyebaran akuan bersumpah palsu oleh beberapa laman facebook pro-'Deklarasi Mahathir.'
Badrul Hisham, yang dikenali sebagai Chegubard, berkata akuan bersumpah atas nama pengatur cara komputer bebas Azharuddin Othman yang mendakwa dirinya diupah untuk membaca teks oleh Chegubard mengenai penjualan pangkalan data penduduk negara bagi tujuan memalsukan tandatangan dalam 'Deklarasi Mahathir', adalah palsu.
"Sebaik sahaja menyedari wujud akuan bersumpah palsu itu, saya terus menghubungi Azharuddin dan dia sendiri menyatakan ia palsu dan membuat penafian dalam laman facebooknya tidak sampai sejam selepas itu.
"Jadi, hari ini saya membuat laporan supaya SKMM menyiasat individu di sebalik laman Facebook terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan itu di bangunan SKMM, di sini.
Pada 26 Mei lepas Azharuddin muncul dengan akuan bersumpah mengaku terlibat dengan urus niaga menjual pangkalan data penduduk negara ini bagi mendapatkan 1.2 juta tandatangan untuk sebuah deklarasi yang digerakkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Seterusnya, pada 8 Jun lepas, sebuah lagi akuan bersumpah atas nama Azharuddin tersebar di media sosial yang mendakwa dirinya diupah untuk membaca teks akuan bersumpah yang pertama oleh Chegubard.
Bagaimanapun, dua hari selepas itu, Azharuddin muncul bersama Chegubard dalam satu sidang media untuk menjelaskan bahawa akuan bersumpah kedua itu adalah palsu.
Bernama
Mon Jun 20 2016
Badrul Hisham mahu SKMM menyiasat individu di sebalik laman Facebook terbabit dan mengambil tindakan sewajarnya. - Gambar fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Muhyiddin tiada SD mencukupi untuk jadi PM kerana terdapat pertindihan - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata dakwaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yasin bahawa beliau mempunyai 115 SD adalah tidak benar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 22 Ogos 2024.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
SPRM nafi dakwaan tidak bertindak atas SD Abdul Murad terhadap Anwar
SPRM menafikan dakwaan Dr Mahathir ia tidak menyiasat isu yang dibangkitkan dalam SD bekas Penolong Gabenor BNM Datuk Abdul Murad Khalid terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Saya tak tandatangan SD, politik Sabah tenang-tenang saja - Armizan
Armizan berkata, situasi politik di Sabah berada dalam keadaan tenang dan kerjasama antara parti yang membentuk kerajaan semakin erat.
Anwar enggan lagi layan cubaan sabotaj
Katanya, meskipun terdapat beberapa percubaan di peringkat awal, pentadbiran yang diterajuinya dilihat lebih kukuh dan meyakinkan.
Isu SD: 'Saya tak pernah bermimpi, Anwar mengigau kenapa?' - Hamzah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberi tumpuan dalam menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri berbanding menyatakan perkara yang tidak sepatutnya dilakukan.
PN nafi kumpul SD jatuhkan Kerajaan Perpaduan - Ahmad Faizal
Perikatan Nasional menafikan menandatangani sebarang akuan bersumpah (SD) untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.
Calon PM baharu: 'Setiap minggu PN mengigau, buktikan SD di Parlimen' - Anwar
Pembangkang dicabar untuk membuktikan mereka mempunyai calon Perdana Menteri yang baharu seperti yang didakwa dengan mengemukakan surat akuan bersumpah (SD) pada sidang Parlimen akan datang.
Pasca PRU15: Kata sepakat sudah dicapai BN - Jalaluddin Alias
Jalaluddin bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada kesemua ahli Parlimen BN telah menandatangani SD untuk menyokong mana-mana calon PM.