KUALA LUMPUR: Susulan penularan gambar yang mendakwa penjualan ‘alas pintu’ bergambarkan Kaabah, pengurusan AEON BiG (M) Sdn Bhd menegaskan ia sebenarnya adalah sejadah mini untuk kegunaan umat Islam.
Dalam satu kenyataan media pada Sabtu, ia berkata, perkara itu merupakan salah faham, dan pihaknya telah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Katanya lagi, pembekal yang terlibat, A&R Fashion Collection (“A&R”), merupakan Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) milik 100% Bumiputera/Islam yang membekalkan pakaian Muslimah patuh syariah seperti jubah solat, tudung, kurta, sampin, songkok, serta produk lain seperti sejadah, permaidani, dan tikar.
“Mereka (syarikat itu) telah ditubuhkan pada 2007 dan telah menjadi pembekal kami sejak 2015. A&R juga merupakan pembekal kepada peruncit lain, serta mengendalikan kedai mereka sendiri.
“A&R telah mengesahkan bahawa produk berkenaan sememangnya merupakah sejadah mini, di mana coraknya adalah dalam format menegak yang merupakan amalan biasa. Walau bagaimanapun, selaras dengan amalan terbaik AEON BiG untuk pembekal PKS, A&R telah menggunakan kod barangan dalam sistem yang sebelum ini digunakan untuk produk-produk lain syarikat tersebut.
“Akibatnya, label yang digantung pada produk menunjukkan pelbagai deskripsi lantas terus menyebabkan kekeliruan. Perkara ini telah diperbetulkan serta-merta dalam sistem pengurusan barangan AEON BiG dan deskripsi barangan tersebut sebagai “Sejadah” telah pun dicerminkan,” katanya lagi.
Terdahulu media melaporkan, Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah merampas sebanyak 11 produk berkenaan yang tertera gambar Kaabah, yang dijual di sebuah pasar raya di daerah ini, Selasa lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata tindakan itu dilakukan susulan aduan orang awam.
Beliau berkata pihak pengurusan pasar raya terbabit juga sudah dipanggil bagi memberi keterangan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan supaya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
Dalam pada itu AEON BiG berkata, kedua-dua pihak pengurusan berharap bahawa kenyataan bersama itu akan menjelaskan sebarang keraguan mengenai isu ini.
“Kami berharap agar spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian masyarakat kita yang berbilang kaum akan dihentikan.
"AEON BiG dan A&R akan terus bekerjasama dengan JAINJ dan mana-mana pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya terdapat sebarang maklumat lanjut yang diperlukan,” menurut kenyataan itu lagi.
Firdaus Azil
Sat Apr 13 2024
Susulan penularan gambar yang mendakwa penjualan ‘alas pintu’ bergambarkan Kaabah, AEON BiG menegaskan ia adalah sejadah mini.
Biden bincang dengan pemimpin Qatar, Mesir cadangan gencatan senjata Gaza
Biden mengesahkan AS bersama-sama Mesir dan Qatar akan berusaha untuk memastikan pelaksanaan penuh syarat-syaratnya.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, teruskan kenaikan
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.89 mata kepada 1,585.55 daripada 1,582.66 ketika ditutup pada Isnin.
Apple Pencil baharu hadir dengan sistem haptik
Apabila digunakan pada skrin iPad, pengguna boleh merasakan tindak balas haptik seakan menggunakan pensel sebenar.
[TERKINI] KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
KPM berkata, Laporan Bank Dunia bertajuk 'Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundation Skills' berkenaan sistem pendidikan negara diambil perhatian.
Tentera AS edar gambar jeti maritim Gaza siap dibina
Beberapa gambar pembinaan jeti maritim oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Gaza untuk menghantar bantuan kemanusiaan telah diedarkan Komando Pusat AS pada Isnin.
Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.
Kenaikan cukai perkhidmatan 8% beri kesan kos operasi, unjuran pendapatan Nestle Malaysia dikurangkan
Perbelanjaan operasi bagi 2024 juga diramal bertambah lagi susulan rasionalisasi bahan api yang berkemungkinan dilaksanakan.
Dua sahabat maut dilanggar bas
Mangsa maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
25 terbunuh bas terjunam gaung di utara Peru
Bas antara negeri itu membawa 50 penumpang apabila insiden itu berlaku kira-kira 10.10 malam waktu tempatan.
Jepun, Uzbekistan berentap final Piala Asia B-23
Pasukan yang kalah dalam penentuan tempat ketiga itu akan menentang Guinea yang berada pada kedudukan keempat.
Pulangan tunai sehingga RM1 juta apabila berbelanja di Tesco dengan aplikasi Boost
Tesco memberikan pulangan tunai sehingga RM1 juta dalam Tesco Wallet, Kenny Rogers Roasters Wallet dan Secret Recipe Wallet apabila berbelanja di Tesco dengan menyertai dan melengkapkan Boost Mission.
Aeon Big akan mengimport lebih banyak produk Jepun ke Malaysia
Import itu adalah melalui kerjasamanya dengan Persekutuan Nasional bagi Persatuan-persatuan Koperasi Pertanian.
Penjenamaan semula Carrefour akan siap April ini
Usaha penjenamaan semula 26 pasar raya besar AEON Big yang dahulunya dikenali sebagai Carrefour dijangka siap menjelang April ini.