awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik dari utara dan Pantai Timur ke Lembah Klang sesak

Bernama
Bernama
14/04/2024
10:45 MYT
Aliran trafik dari utara dan Pantai Timur ke Lembah Klang sesak
Aliran trafik di lebuh raya dari utara dan Pantai Timur menuju ke Lembah Klang sesak setakat petang ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di lebuh raya dari utara dan Pantai Timur menuju ke Lembah Klang padat setakat petang ini susulan orang ramai berpusu-pusu pulang dari kampung halaman usai cuti Hari Raya Aidilfitri.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata setakat 5 petang ini kenderaan memenuhi lebuh raya dari utara menuju ke Lembah Klang, antaranya di Pendang ke Gurun sehingga ke Sungai Petani Utara selain dari Bertam ke Sungai Dua, Permatang Pauh ke Perai, Bandar Baharu ke Alor Pongsu dan Bukit Merah ke Taiping.
"Trafik juga sesak dari utara ke Lembah Klang di Gopeng menuju Tapah, Sungkai ke Slim River dan Tanjung Malim ke Sungai Buaya.
"Dari arah pantai timur di Lebuhraya Pantai Timur 2, trafik sesak di Kawasan Rehat dan Rawat Paka menuju ke Paka dan Kijal ke Chukai," katanya ketika dihubungi.
Pergerakan trafik turut dilaporkan perlahan di Lebuhraya Pantai Timur 1 menuju ke Lembah Klang.
Sementara itu, lalu lintas dari selatan menuju ke Lembah Klang dilaporkan terkawal dan kesesakan hanya berlaku di Jasin menuju ke Simpang Ampat, Pedas Linggi ke Port Dickson dan Bandar Ainsdale menuju Nilai.
Pengguna lebuh raya dinasihatkan berhati-hati ketika memandu berikutan hujan lebat di kebanyakan lokasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#cuti Hari Raya Aidilfitri
#sesak
#Lembaga Lebuhraya Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan