awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengeluar komputer dijangka beralih kepada CXMT untuk bekalan memori pengguna
Valve tangguh pelancaran Steam Machine, Steam Frame akibat krisis komponen global
Suspek tular pegang parang, tunjuk jari tengah sudah ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama lancar pagi ini

Bernama
Bernama
25/12/2023
04:30 MYT
Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama lancar pagi ini
Keadaan lalu lintas di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah pantai timur) dilaporkan terkawal. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di kebanyakan lebuh raya utama dilaporkan lancar setakat 10 pagi ini, menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).
Beliau berkata keadaan lalu lintas di Plaza Tol Jalan Duta (arah utara), Plaza Tol Sungai Besi (menuju selatan) dan Plaza Tol Gombak (arah pantai timur) terkawal dan tiada peningkatan jumlah kenderaan dilaporkan ketika ini.
"Penambahan kenderaan di beberapa lebuh raya utama dijangka meningkat pada tengah hari nanti," katanya ketika dihubungi Bernama pagi ini.
Akaun rasmi PLUS Trafik di laman X pula memaklumkan 'Smartlane' di KM19.0 hingga KM27 (arah utara) antara Senai dan Kulai, Johor diaktifkan setakat 9.56 pagi.
"Penggunaan lorong kecemasan kini dibenarkan dari 8 pagi hingga 6 petang bagi melancarkan pergerakan trafik," menurut hantaran itu.
PLUS juga memaklumkan bahawa kerja penyelenggaraan di Lebuhraya ELITE (arah utara) kini sedang dijalankan dan 'Smartlane' telah diaktifkan di KM259.4 hingga KM262.4 (arah utara) antara laluan Port Dickson ke Seremban bagi menjamin kelancaran trafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#Lembaga Lebuhraya Malaysia
#PLUS
#sesak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan