awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik di lebuh raya bergerak perlahan

Bernama
Bernama
09/02/2013
05:30 MYT
Aliran trafik di lebuh raya bergerak perlahan
Lalu lintas di beberapa lebuh raya dilaporkan bergerak perlahan mulai pagi ini apabila warga kota mula bertolak untuk pulang ke kampung sempena sambutan Tahun Baru Cina esok.
Menurut laman Facebook Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), trafik perlahan dari Plaza Tol Gombak ke Genting Sempah sehingga ke Plaza Tol Bentong.
Laman Facebook LLM juga melaporkan trafik perlahan di susur masuk Terowong Menora arah utara ke Kuala Kangsar.
Menurut laman Twitter PLUS pula, trafik sesak dari Bukit Lanjan ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng
Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan yang dikeluarkan oleh PLUS dengan kenderaan bagi destinasi lebih jauh dinasihatkan keluar lebih awal.
Waktu perjalanan dari Lembah Klang ke Kedah, Perlis, Pulau Pinang Skudai, Senai Utara, Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak digalakkan keluar sebelum 12 tengahari.
Manakala waktu perjalanan dicadangkan untuk kenderaan dari Lembah Klang ke Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng dan Simpang Ampat antara pukul 3 petang hingga 6 petang.
Pengguna juga dinasihati mematuhi panduan tersebut bagi perjalanan pulang dari kampung masing-masing.
Topic Berkaitan
#Kesasakan
#lebuh raya
#PLUS
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan