awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik lebuh raya utama lancar setakat 11 pagi

Bernama
Bernama
07/04/2024
05:00 MYT
Aliran trafik lebuh raya utama lancar setakat 11 pagi
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di beberapa kawasan setakat 11 pagi tadi. -Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar walaupun terdapat peningkatan jumlah kenderaan di beberapa kawasan setakat 11 pagi tadi.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan aliran trafik di Plaza Tol Gombak (arah Pantai Timur) menunjukkan keadaan lalu lintas lancar dan terkawal selepas berlaku kesesakan sehingga 10 pagi tadi.
"Di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) trafik agak sesak walaupun kenderaan lebih kurang sama seperti semalam iaitu 178,977 kenderaan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Namun beliau berkata aliran trafik hampir kesemua lebuh raya utama di negara ini bergerak lancar.
Dalam pada itu akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan beberapa laluan Smartlane sudah diaktifkan bagi memastikan aliran trafik terus lancar bagi perjalanan pulang ke kampung sempena Aidilfitri ini.
Antaranya laluan Smartlane di KM303.2 hingga KM297.0 arah Utara dari Tapah ke Gopeng, KM194.5 hingga KM184.0 arah Selatan dari Ayer Keroh ke Jasin dan KM8.1 hingga KM6.1 arah Utara dari USJ ke Seafield.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#trafik lancar
#peningkatan jumlah kenderaan
#LLM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan