awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik petang hari raya pertama perlahan

Bernama
Bernama
22/04/2023
10:03 MYT
Aliran trafik petang hari raya pertama perlahan
Aliran trafik menuju ke Plaza Tol Gombak dilihat agak sesak susulan orang ramai memulakan pergerakan untuk pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Aliran trafik pada 1 Syawal menyaksikan beberapa lebuh raya utama bergerak perlahan setakat 5 petang ini.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) ketika dihubungi berkata trafik bergerak perlahan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dari Sungai Buloh ke Rawang disebabkan kemalangan di kilometer (KM) 449.9 pada 1.25 tengah hari tadi.
"Trafik turut perlahan dari arah utara di Bandar Ainsdale ke Nilai susulan kemalangan di KM 264.7 pada 3.56 petang, namun hanya lorong kecemasan terhalang," katanya.
Selain itu, aliran trafik dari Kuala Lumpur menuju Tol Gombak sesak dengan orang ramai yang memilih untuk memulakan pergerakan pulang ke kampung halaman hari ini.
LLM menerusi ciapan di Twitter memaklumkan trafik di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) turut perlahan dari arah utara sebelum susur keluar Tol Kuala Terengganu sejak 2.54 petang tadi.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline 1800-88-0000 dan laman Twitter www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aliran trafik
#Aidilfitri
#PLUS
#tol Gombak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan