awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota

Bernama
Bernama
13/04/2024
07:12 MYT
Aliran trafik tinggi, perlahan susulan perantau mula pulang ke ibu kota
Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 1 tengah hari ini berikutan pertambahan kenderaan perantau yang mula kembali ke ibu kota pada hari keempat Aidilfitri. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Aliran trafik dilaporkan tinggi dan perlahan di lebuh raya utama setakat 1 tengah hari ini berikutan pertambahan kenderaan perantau yang mula kembali ke ibu kota pada hari keempat Aidilfitri.
Menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Lebuhraya Kuala Lumpur - Karak (KLK) aliran trafik tinggi ke Kuala Lumpur dari Karak ke Tol Bentong dan Bukit Tinggi ke Genting Sempah sehingga Gombak.
Beliau berkata di Lebuhraya Utara - Selatan (PLUS) laluan Selatan (E2), aliran trafik perlahan ke arah Utara dari Senai ke Layby Simpang Renggam, Machap ke Yong Peng, Bukit Gambir ke Tangkak dan Jasin ke Ayer Keroh.
Sementara itu, akaun rasmi X PLUS Trafik memaklumkan beberapa laluan Smart Lane sudah diaktifkan bagi memastikan aliran trafik dan perjalanan pengguna lebuh raya terus lancar susulan cuti Aidilfitri kian hampir ke penghujung.
Antaranya laluan di KM107.1 hingga KM112.0 arah Selatan di antara Sungai Petani ke Bertam, KM155.5 hingga KM157.2 arah Selatan dari Bandar Cassia ke Hentian Sebelah Sungai Bakap dan KM260.0 hingga KM263.1 arah Utara di antara Port Dickson ke Seremban.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#trafik sesak
#pertambahan kenderaan
#kembali ke ibu kota
#PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan