SHAH ALAM: Perjalanan Zamani dalam All Stars Gegar Vaganza (ASGV) terhenti setakat minggu keenam.
Zamani gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang menyanyikan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad.
Hanya memperoleh 56.50 peratus markah, Zamani berada di tangga tiga terbawah bersama Aliff Aziz (62 peratus) dan Noryn Aziz (63 peratus).
Sementara itu, persembahan bertenaga daripada Liza Hanim berjaya mengekalkan kedudukannya di tempat pertama dengan markah sebanyak 76.75 peratus.
Selain Liza turut berada ditangga tiga teratas Hady Mirza dengan 76.50 peratus dan Azharina (75.25%).
Kesemua peserta yang masih kekal diadili oleh juri tetap iaitu Hetty Koes Endang, Datuk Syafinaz Selamat dan Datuk Ramli M.S selama 12 minggu.
Untuk minggu ketujuh 12 peserta yang tinggal akan menyampaikan lagu bertemakan Kau Ilhamku.
Juara tahun ini akan membawa pulang wang tunai berjumlah RM200,000 beserta trofi dan akan berentap di pentas akhir yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil.
All Stars Gegar Vaganza yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam selama 12 minggu.
Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.
Asyraf Roslan
Mon Oct 30 2023
Hanya memperoleh 56.50 peratus markah, Zamani berada ditangga tiga terbawah bersama Aliff Aziz dan Noryn Aziz. - Astro/ Azrul Rafie
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Impian Slam buat persembahan di DFP bakal jadi kenyataan
Slam akan tampil berbeza dengan menyanyikan seleksi lagu yang jarang dibawa dalam persembahan langsung.
All Stars GV: Zamani tersingkir, Liza Hanim kekal juara mingguan
Zamani gagal menambat hati juri menerusi persembahannya yang menyanyikan lagu Kau Pergi Jua nyanyian asal Adam Ahmad.
All Stars Gegar Vaganza: Ramai persoal kenapa Zamani terselamat, ini jawapan Tok Ram
Menurut Ramli, Zamani mempunyai sedikit kelebihan kerana menyampaikan genre lagu di luar zon selesanya berbanding Ayai iaitu bintang yang tersingkir minggu ini.
'Saya belum boleh mencangkung, masih solat duduk' - Zamani sudah 80 peratus pulih
Berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya, kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.
"Dia sudah sedar..." - Isteri sahkan Zamani selamat jalani pembedahan tulang belakang
Penyanyi Zamani dilaporkan sudah sedarkan diri selepas menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang badan yang melengkung akibat penyakit scoliosis.
"Harap boleh berdiri tegak semula.."- Zamani jalani pembedahan selepas konsert
Vokalis kumpulan Slam Zamani berharap dia dapat berdiri tegak semula selepas menjalani pembedahan bagi menyembuhkan penyakit skoliosis.
Sedih badan makin bongkok, Zamani bakal jalani pembedahan
Penyanyi terkenal Zamani mengakui terasa dan bersedih melihat keadaan fizikalnya yang semakin membongkok setelah disahkan menghidap penyakit scoliosis.
Slam catat sejarah, "Gerimis Mengundang" gamit seribu perasaan dan memori indah
Sudah tercatat dalam sejarah peradaban industri muzik bahawa Gerimis Mengundang merupakan lagu yang mampu merentas benua.
Zamani oh Zamani ... harap tabah hadapi derita penyakit autoimun
Keadaan ini dipercayai menyukarkan pergerakannya sehingga dia kelihatan agak terbongkok-bongkok apabila berjalan.
Zamani Slam rehat sebulan jalani rawatan tulang belakang
Semoga dipermudahkan...