awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Allahyarham Jaafar Onn meninggal ketika prosedur endoskopi - Anak angkat

Faida Rahim
Faida Rahim
03/04/2024
06:02 MYT
Allahyarham Jaafar Onn meninggal ketika prosedur endoskopi - Anak angkat
Hanif berkata, jenazah akan diuruskan terlebih dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk dikebumikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor pada Rabu. - Gambar/ Astro AWANI
SERDANG: Anak angkat kepada pelakon, pengacara dan pelawak Jaafar Onn, Mohd Hanif Mohd Hashim memberitahu Allahyarham meninggal dunia ketika sedang menjalani prosedur endoskopi pada 11.32 pagi tadi.
Menurut Hanif, doktor sudah memaklumkan bahawa prosedur tersebut berisiko tinggi disebabkan jantungnya agak lemah ketika itu.
“Pagi tadi papa ada melalui prosedur endoskopi dan doktor memang ada beritahu prosedur itu berisiko sebab papa ada masalah jantung lemah tapi terpaksa buat disebabkan pendarahan.
“Heart rate dia tinggi sampai 140. Masa buat endoskopi sekitar pukul 10 pagi dan ketika melalui prosedur itu, papa mengalami serangan jantung dan meninggal dunia pada pukul 11.32 pagi,” katanya.
Hanif berkata demikian kepada media ketika ditemui di Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, Selangor pada Rabu.
Hanif turut memaklumkan pada awalnya Allahyarham pergi ke klinik disebabkan mengalami tekanan darah rendah dan pendarahan tanpa henti semasa membuang air besar.
Doktor turut memaklumkan kemungkinan pendarahan itu berlaku disebabkan pengambilan ubat tahan sakit yang diambil terlalu lama.
Menurutnya, jenazah akan diuruskan terlebih dahulu di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk dikebumikan di Tanjung Ganding, Muar, Johor pada Rabu.
Sebelum ini, media melaporkan, kesihatan Jaafar atau nama sebenarnya Jaafar Onn Awang dilaporkan merosot sebelum ditahan wad HSIS selepas mengalami pendarahan semasa membuang air besar.
Topic Berkaitan
#Jaafar Onn
#meninggal dunia
#punca kematian
#serangan jantung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan