KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid yang bersara wajib semalam berhasrat meneruskan minatnya dalam bidang guaman yang terpaksa 'dilupakan' sebaik memilih kerjaya sebagai pegawai polis 38 tahun lepas.
Beliau yang mula menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Julai 1985 dan berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Malaya berhasrat untuk menyertai firma guaman setelah melengkapkan proses untuk menjadi seorang peguam.
"Sebenarnya, ia lebih kepada kepuasan sendiri. Saya perlu sempurnakan apa yang telah saya mulakan dahulu iaitu menjadi pelajar dan seterusnya menjadi penuntut dalam kamar sebelum saya boleh dipanggil seorang peguam.
"Itu adalah perancangan paling awal setakat ini...selebihnya kita tengok dulu macam mana," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV hari ini.
Bekongsi pengalaman yang tidak boleh dilupakan sepanjang menjadi anggota 'Sang Saka Biru', Allaudden berkata antara yang masih segar dalam ingatannya ialah ketika berada di dalam Pasukan Polis Hutan (PPH) pada 1986.
"Pengalaman berjumpa dengan komunis, melakukan operasi di sempadan selain kenderaan Land Rover yang dinaiki hampir terbalik jatuh ke dalam gaung.
"PPH ini adalah satu organisasi yang membina jati diri yang begitu kental sehingga ke hari ini. Pelbagai pengalaman saya dapat dan yang paling utama adalah kaedah untuk command (memberi arahan)...kalau hari ini saya boleh menjadi seorang komander yang baik, itu adalah hasil usaha didikan ketua-ketua saya di PPH dahulu," katanya.
Sementara itu, Allaudeen berharap PDRM berupaya menjadi satu badan yang berintegriti, terus menerajui keselamatan dan keamanan negara bagi membolehkan Malaysia terus berkembang dari segi ekonomi demi keselesaan rakyat.
"PDRM akan terus berada bersama masyarakat. Selagi anda ikut peraturan dan ikut undang-undang, polis tidak mengambil tindakan. Pesanan saya, berilah kerjasama kepada pihak polis untuk kebaikan kita bersama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 30 2024
Allaudeen YANG berkelulusan Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Malaya berhasrat untuk menyertai firma guaman setelah melengkapkan proses untuk menjadi seorang peguam. - Foto BERNAMA
Sarawak akan terokai potensi luar biasa teknologi AI - Abang Johari
Kerajaan negeri akan meneruskan usaha mereka dalam melaksanakan strategi dan penyelesaian digital.
Indonesia batal permit penyedia ISP yang tidak bekerjasama memerangi judi dalam talian
Budi menggesa ISP untuk menyegerakan secara automatik kemas kini senarai kandungan negatif dalam sistem nama domain Trust Positive Kominfo.
Dua lelaki didakwa mengintip untuk Hong Kong tiba di mahkamah London
Kedua-dua lelaki tersebut sebelum ini didakwa bersetuju dalam pengumpulan maklumat, pengawasan dan tindakan penipuan yang berkemungkinan besar membantu perkhidmatan risikan Hong Kong dari akhir 2023 hingga 2 Mei.
Tiada tembakan peluru dikesan pada helikopter Raisi
Angkatan Tentera Iran pada Khamis mengeluarkan laporan pertama mengenai punca nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan rombongannya.
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan, ratapi pemergian Raisi
Ribuan rakyat Iran turun ke jalan di Mashhad, pada Khamis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Presiden Ebrahim Raisi yang meninggal dunia dalam nahas helikopter baru-baru ini.
Gelombang haba ragut 9 nyawa di India
Sekurang-kurangnya sembilan maut dipercayai akibat strok haba di negeri barat Rajasthan di India, kata media, pada Jumaat.
Ahmad Zahid raikan pelajar dan komuniti Malaysia di Shenzhen
Ahmad Zahid menggesa rakyat Malaysia di China menjadi duta negara yang bertanggungjawab dalam mempamerkan imej baik Malaysia.
Penerbangan pertama tiba di Jeddah bawa 283 orang jemaah
Sebanyak 53 penerbangan ke Jeddah mula tiba Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz Jeddah pada Jumaat dengan penerbangan pertama ialah KT46 yang membawa seramai 283 jemaah dan selamat tiba pada 9.01 pagi Jumaat (waktu Arab Saudi).
Tingkat kompetensi, latihan AI dalam kalangan guru dan murid
Kementerian Pendidikan beri tumpuan terhadap kompetensi dan latihan kepada guru-guru di negara ini bagi mendidik murid-murid khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Pemimpin lebih muda mampu ubah masa depan negara - Tun M
Menurut Mahathir, pemimpin sekarang tidak berpengalaman dalam mentadbir negara, tidak manfatkaan sumber negara sebaiknya, dan tidak mampu menyelesaikan masalah dengan baik.
Allaudeen fokus jadi peguam selepas bersara
Beliau berhasrat untuk menyertai firma guaman setelah melengkapkan proses untuk menjadi seorang peguam.
Penganjur WMMY 2024 hanya hantar satu notis bukan empat - Polis KL
Polis hanya menerima satu notis perhimpunan daripada Jawatankuasa Penganjur Women's March Malaysia (WMMY) 2024 dan bukan empat seperti yang didakwa.
Polis tidak terima permohonan berhimpun daripada Bersih atau mana-mana pihak - KP KL
Sebarang perhimpunan tanpa pemberitahuan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.
Tiga peratus anggota polis di ibu negara alami masalah berat badan
Semua pegawai dan anggota Kontinjen Kuala Lumpur digesa untuk menjaga tahap kesihatan terutama berat badan.
Ugut bunuh Nik Elin: Polis kenal pasti tiga pemilik akaun
Terdapat tiga laporan diterima membabitkan kes tersebut dan tiga kertas siasatan telah dibuka.
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' selesai minggu ini - Polis
Kertas siasatan berhubung "Himpunan Selamatkan Rakyat" dijangka dilengkapkan minggu ini untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Ketua Polis KL sahkan terima laporan tentang Chegu Bard
Polis berkata kes itu akan disiasat dan dikendali oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman.
Polis akan ambil keterangan penganjur 'Himpunan Selamatkan Rakyat'
Polis akan merakam keterangan penganjur 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di pintu 2 Istana Negara pagi tadi.
Empat anggota polis ditahan peras ugut peniaga air ketum
Empat anggota polis ditahan pada Jumaat lepas, kerana disyaki memeras ugut seorang peniaga air ketum di Taman Desa Gombak sejak November 2023.