awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR

Sinar Harian
Sinar Harian
01/02/2024
11:42 MYT
Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' dirujuk ke TPR
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan dan seramai 20 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan. - Gambar fail/Bernama
SHAH ALAM: Kertas siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' di Istana Negara telah dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya sudah melengkapkan siasatan dan seramai 20 individu dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
“Kertas siasatan telah dirujuk kepada TPR semalam (Rabu) dan kita masih menunggu keputusan pihak pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
“Seramai 20 orang terdiri daripada saksi awam dan polis telah diambil keterangan,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Pada Isnin lalu, Sinar Harian melaporkan polis telah merekod keterangan Ahli Jawatankuasa Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che’gu Bard bersama 14 individu lain bagi siasatan mengenai himpunan itu.
Allaudeen dilaporkan berkata, pihaknya sudah rakam keterangan daripada tujuh saksi awam dan lapan saksi polis.
Himpunan yang berlangsung pada 23 Januari itu dianjurkan oleh sekretariat Pembela Tanah Air (PETA).
Turut hadir ke perhimpunan berkenaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia, Syed Hassan Syed Ali.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Himpunan Selamatkan Rakyat
#dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya
#Istana Negara
#Allaudeen Abdul Majid
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan