awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' selesai minggu ini - Polis

Bernama
Bernama
29/01/2024
06:15 MYT
Siasatan 'Himpunan Selamatkan Rakyat' selesai minggu ini - Polis
Allaudeen berkata setakat ini 15 individu termasuk Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung "Himpunan Selamatkan Rakyat" dijangka dilengkapkan minggu ini untuk diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata setakat ini 15 individu termasuk Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shahrin telah diambil keterangan bagi membantu siasatan.
"Enam lagi saksi kami akan ambil keterangan mereka hari ini dan esok...kami akan selesaikan secepat mungkin, selewat-lewatnya Rabu ini," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Pada 23 Jan lepas, Himpunan Selamatkan Rakyat yang diadakan di Pintu 2 Istana Negara dianjurkan oleh sekretariat Pembela Tanah Air (Peta) dan turut dihadiri kira-kira 700 penyokong sebuah parti politik, badan bukan kerajaan dan orang awam.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penganjur Himpunan Selamatkan Rakyat tidak perlu memainkan naratif seolah-olah menjadi mangsa apabila dipanggil untuk memberi keterangan kepada pihak polis susulan perhimpunan itu tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Himpunan Selamatkan Rakyat
#Allaudeen Abdul Majid
#kertas siasatan
#Chegu Bard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan