PUTRAJAYA: Kerajaan memandang serius amalan buruh paksa di Malaysia walaupun ia masih terkawal dan meletakkan sasaran sifar buruh paksa menjelang 2030, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.
Beliau berkata komitmen kerajaan menangani buruh paksa boleh dilihat menerusi pindaan Akta Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang telah mewujudkan peruntukan baharu menerusi Seksyen 90B berhubung buruh paksa selain melancarkan Pelan Tindakan Nasional Buruh Paksa (2021-2025) (NAPFL).
Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) pula telah mengambil tindakan apabila 1,321 kertas siasatan telah dibuka terhadap 645 majikan sejak 1 Jan lepas atas pelbagai kesalahan perburuhan antaranya pemotongan gaji yang menyalahi undang-undang.
Dalam tempoh sama juga, 272 majikan telah dikenakan kompaun berjumlah RM2.17 juta manakala 128 majikan telah dikenakan tindakan denda oleh mahkamah berjumlah RM242,000, katanya.
"Tindakan JTKSM itu bukan bertujuan untuk menghukum majikan terlibat sebaliknya sebagai pengajaran agar isu buruh paksa tidak dipandang ringan dalam negara," katanya pada sidang media selepas melancarkan Garis Panduan Mencegah dan Membasmi Amalan Buruh Paksa di Tempat Pekerjaan di sini hari ini.
Garis panduan setebal 50 muka surat itu merupakan usaha JTKSM dan Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diterbitkan sebagai panduan kepada majikan dan pekerja serta memupuk kesedaran pihak berkepentingan dalam isu amalan buruh paksa.
Buku tersebut menjelaskan mengenai indikator buruh paksa antaranya penganiayaan terhadap golongan rentan, kerja lebih masa berlebihan dan keganasan fizikal serta seksual.
Berdasarkan peruntukan di bawah Artikel 2(1) Konvensyen Buruh Paksa 1930, sebarang kerja atau perkhidmatan yang dilakukan seseorang di bawah ancaman apa-apa bentuk dan tanpa kerelaan ditakrifkan sebagai buruh paksa.
Buku tersebut akan diedarkan ke premis kerajaan dan juga majikan swasta dan boleh diperoleh menerusi laman web JTKSM.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 14 2023
Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar menunjukkan buku "Garis Panduan Mencegah dan Membasmi Amalan Buruh Paksa di Tempat Pekerjaan" yang dilancarkannya selepas merasmikan 'Seminar On Combatting Forced Labour in Malaysia' hari ini. - Foto BERNAMA
Merusuh dengan parang: Polis tahan 28 lelaki
Polis menahan 28 lelaki yang dipercayai terlibat dalam satu kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, Butterworth.
Senator AS Bernie Sanders sokong penuntut kolej pro-Palestin
Senator Amerika Syarikat (AS) Bernie Senders menyuarakan sokongannya pada Jumaat kepada penuntut kolej yang menunjuk perasaan terhadap serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Musim kemarau: Agensi cuaca Indonesia beri amaran cuaca panas, hujan
Kira-kira 63.66 peratus wilayah Indonesia akan mengalami musim kemarau dari Mei hingga Ogos tahun ini.
Bersih akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil KKB
Pengerusi BERSIH, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata pertubuhan itu akan turut memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Bharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
Besut, Felda Belara catat lebih 37 darjah celsius
Felda Tenang di Besut dan Felda Belara di Kuala Terengganu merekodkan suhu panas tahap dua melebihi 37 darjah celsius selama tiga hari berturut-turut.
Bersih akan anjurkan kongres Mei depan
Bersih akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi
Hujan lebat lebih empat jam di Kota Tinggi, Johor menyebabkan kawasan rendah di daerah itu dinaiki air.
Bersih pantau perjalanan PRK Kuala Kubu Baharu
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan memantau perjalanan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung pada 11 Mei depan.
AWANI Ringkas: Banjir kilat di Kota Tinggi, 1 PPS dibuka
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amalan buruh paksa dalam negara terkawal
Kerajaan memandang serius amalan buruh paksa di Malaysia walaupun ia masih terkawal dan meletakkan sasaran sifar buruh paksa menjelang 2030, kata Menteri Sumber Manusia V. Sivakumar.