awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AmanahRaya Trustees Berhad taja seekor cheetah Zoo Negara

Bernama
Bernama
23/10/2022
00:00 MYT
AmanahRaya Trustees Berhad taja seekor cheetah Zoo Negara
Program Grow and Conserve meliputi aktiviti penanaman pokok landskap dan tajaan seekor cheetah yang dikenali sebagai Bolt sebagai haiwan angkat. - Foto Facebook/Amanah Raya Berhad
KUALA LUMPUR: Seekor cheetah dilahirkan di Zoo Negara yang diberi nama 'Bolt' menerima tajaan bernilai RM16,391 dari AmanahRaya Trustees Berhad (ART) sebagai usaha melindungi haiwan terancam itu.
Pengarah Urusan Kumpulan AmanahRaya Berhad Ahmad Feizal Sulaiman Khan berkata penajaan Bolt sebagai haiwan angkat ART, seiring dengan agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) Malaysia.
"Tajaan meliputi kos penyediaan makanan dan penjagaan veterinar Bolt bagi memastikan spesies haiwan ini terus terpelihara dan terlindung dari ancaman kepupusan," katanya ketika berucap pada majlis tajaan berkenaan di sini pada Sabtu.
Simbolik penyerahan cek penajaan kepada pengurusan Zoo Negara disempurnakan Pengerusi ART Datuk Prof Dr Noor Inayah Ya'akub dan Timbalan Presiden Zoo Negara Rosly @ Rahmat Ahmat Lana.
Selain penajaan itu, pihak ART turut menanam pelbagai jenis pokok landskap termasuk orkid bagi mengindahkan lagi kawasan Zoo Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zoo Negara
#Cheetah
#AmanahRaya Trustees Berhad
#Bolt
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan