awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Serangan AS ke atas tapak nuklear Iran tidak lepaskan radiasi - Badan pemantau
MALAYSIA
Malaysia seru kerjasama ASEAN-OIC tangani krisis Myanmar
MALAYSIA
Tindakan kenteraan unilateral boleh heret Asia Barat ke arah konflik besar - Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Amang seksual kanak-kanak perempuan di Putatan, polis giat kesan suspek terlibat

Bernama
Bernama
22/06/2025
09:50 MYT
Amang seksual kanak-kanak perempuan di Putatan, polis giat kesan suspek terlibat
Polis terima laporan mengenai satu kes amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Putatan pada 8.09 malam semalam.
PENAMPANG: Polis Penampang giat mengesan suspek yang dilaporkan terlibat dengan kes amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di Putatan di sini.
Ketua Polis Daerah Penampang Supt Sammy Newton berkata pihaknya mengesahkan menerima laporan mengenai satu kes amang seksual terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Putatan pada 8.09 malam semalam.
Beliau berkata laporan polis itu berkaitan dengan video berdurasi satu minit 34 saat yang dimuat naik di platform media sosial Facebook dan dikesan tular sejak awal pagi tadi.
"Bagaimanapun, kes masih dalam siasatan polis dan suspek masih giat dikesan.
"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntuk hukuman penjara dan sebatan, jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sammy berkata polis menasihatkan orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih di media sosial supaya tidak menganggu siasatan serta melindungi hak mangsa.
Beliau berkata sebarang maklumat lanjut berkaitan kes itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Kalista Demson di talian 011-3398 0319.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amang seksual
#mangsa
#polis
#suspek diburu
#Putatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami