Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan notis amaran cuaca waspada peringkat kuning dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor hari ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka berlaku di Pekan, Pahang serta Segamat, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru di Johor.
Sementara itu, angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50 kilometer sejam (km/j) juga dijangka boleh berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak dengan ombak mencapai 3.5 meter.
"Kejadian ini boleh mendatangkan risiko limpahan air laut di pesisir pantai dan muara sungai kawasan berkenaan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 14 2019
Angin kencang dengan kelajuan antara 40 hingga 50km/j juga dijangka berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak. - Gambar hiasan
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
El Nino: Al-Sultan Abdullah tinjau Sungai Pahang, titah adakan solat hajat
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan meninjau Sungai Pahang yang dilaporkan surut akibat fenomena El Nino.
Hujan roket Hizbullah gegar utara Israel
Pejuang Hizbullah pada Rabu melancarkan kira-kira 30 roket dari Lubnan ke kawasan utara Israel selepas gerakan disokong Iran itu berikrar untuk 'menghukum' rejim Zionis.
Tol percuma sempena Aidilfitri 8, 9 April - Alexander
Pengguna lebuh raya membabitkan kenderaan persendirian (Kelas 1) diberi kemudahan tol percuma selama dua hari iaitu 8 dan 9 April bersempena dengan sambutan Aidilfitri tahun ini.
Penstriman haram: Jangkitan malware berisiko akibatkan kecurian, penipuan identiti pengguna
Awas dan jangan mudah terpedaya dengan sebarang akses haram yang menawarkan pelbagai filem dan siri televisyen kerana ia mungkin menyimpan perisian hasad atau malware.
Insentif cukai baharu untuk syarikat berstatus Malaysia Digital
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan memperkenalkan insentif cukai baharu kepada syarikat berstatus Malaysia Digital (MD) dan syarikat berstatus Koridor Raya Multimedia (MSC) sedia ada.
Gentari setuju saranan tubuh konsortium bantu pemain solar - DPMM
Gentari Sdn Bhd menyatakan persetujuannya dengan saranan untuk mewujudkan konsortium dianggotai pemain industri solar.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Sunway Sinar Ramadan 2024 Pulau Pinang kongsi erti Ramadan bersama anak yatim
Siri sambutan perayaan utama tahunan Kumpulan Sunway (Sunway) kembali dengan #SunwayforGood Sinar Ramadan bagi berkongsi keceriaan kepada lebih 4,000 komuniti masyarakat kurang bernasib baik.
Firdaus Wong lapor polis ugutan bunuh, pukul dan fitnah
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat enam laporan setelah menerima ugutan bunuh, pukul dan fitnah melibatkan dirinya serta keluarga di Balai Polis Wangsa Maju pada Rabu.
Amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Johor hingga Ahad
Amaran itu melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Jepun keluar amaran salji lebat
Agensi cuaca Jepun pada Jumaat mengeluarkan amaran salji lebat untuk beberapa wilayah utara Jepun, ketika salji lebat terus melanda beberapa bahagian di negara itu.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur sehingga Rabu
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat mengenai cuaca terkini melalui aplikasi mudah alih myCuaca.
Iran beri amaran akan kesan buruk jika Gaza terus diserang
Menteri Luar Iran Hossein Amirabdollahian mengeluarkan satu lagi amaran terhadap pengeboman berterusan Israel di Gaza ketika ini.
Indonesia tingkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet
Indonesia meningkatkan amaran terhadap ancaman penyakit cacar monyet ekoran kes yang disahkan meningkat kepada 14 orang.
BNM keluar notis serangan siber terhadap institusi kewangan
Bank Negara Malaysia (BNM) melalui platform Risikan Ancaman Siber Sektor Kewangan (FinTIP) mengeluarkan amaran kemungkinan serangan siber terhadap institusi kewangan dalam negara.
Gunung berapi Bulusan: Filipina keluar amaran Tahap 1
Filipina mengeluarkan amaran berjaga-jaga Tahap 1 selepas gunung berapi Bulusan yang terletak di wilayah Sorsogon, di tenggara Manila merekodkan 121 gempa bumi gunung berapi sejak 14 Okt.
China: Fujian keluarkan amaran untuk Taufan Saola
Wilayah Fujian di China Timur mengaktifkan respons kecemasan Tahap III untuk Saola, taufan kesembilan tahun ini, pada 10 pagi Selasa.
Itali dilanda panas melampau, hasil pertanian rosak teruk
Cuaca panas melampau di Itali menyebabkan pihak berkuasa di negara itu mengeluarkan amaran cuaca panas kepada tahap merah.
WHO beri amaran penularan berterusan selesema burung berisiko kepada manusia
WHO memberi amaran kepada masyarakat global bahawa selesema burung semakin menular menjangkiti mamalia, sekali gus menimbulkan risiko lebih tinggi kepada manusia.