awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan di dua negeri hingga Isnin

Bernama
Bernama
24/09/2023
03:43 MYT
Amaran hujan berterusan di dua negeri hingga Isnin
MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas di Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.- Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap waspada di Perlis dan beberapa kawasan di Kedah, hari ini dan esok.
Dalam satu kenyataan MetMalaysia memaklumkan kawasan terjejas di Kedah termasuk Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan dan Pendang.
Dalam kenyataan berasingan MetMalysia memaklumkan angin baratan dijangka bertiup kencang dan menumpu di kawasan utara Semenanjung Malaysia dalam tempoh sehingga esok.
"Keadaan ini berpotensi menghasilkan ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang lebih panjang, di negeri-negeri utara Semenanjung Malaysia termasuk kawasan perairan negeri-negeri berkenaan," menurut kenyataan MetMalaysia itu.
Orang ramai dinasihatkan sentiasa merujuk laman sesawang www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca, bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran hujan
#MetMalaysia
#Kedah
#Perlis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan