awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga esok

Bernama
Bernama
24/12/2023
06:13 MYT
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga esok
Amaran hujan sangat lebat berterusan di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap bahaya di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula hari ini hingga esok.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran hujan sangat lebat berterusan di Kelantan melibatkan kawasan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.
Di Terengganu pula membabitkan kawasan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Dalam kenyataan sama, amaran hujan berterusan tahap buruk turut dikeluarkan di seluruh Perlis serta beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling; Perak (Hulu Perak); Kelantan (Gua Musang); Terengganu (Kemaman) dan Pahang (Jerantut dan Kuantan), yang dijangka berlaku hingga esok.
MetMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang diramal berlaku hingga esok melibatkan kawasan Yan, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Pulau Pinang; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama serta Kuala Kangsar) dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran hujan lebat
#MetMalaysia
#terengganu
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan