Skip to main content
Advertisement

Dunia

Filipina catat risiko bencana tertinggi di dunia

61732181999_TaufanFilipina.jpg
Filipina secara konsisten berada antara negara yang paling terdedah kepada bencana disebabkan kedudukan geografinya. - Gambar fail
Advertisement

MANILA: Filipina sekali lagi menduduki tempat teratas sebagai negara yang berdepan risiko bencana tertinggi di dunia dengan mencatat skor 46.69 dalam Indeks Risiko Dunia 2026, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan pada Khamis.

Indeks yang diterbitkan oleh beberapa institut di Jerman itu merangkumi kesemua 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

India berada di tempat kedua dengan skor 44.97, diikuti Indonesia dengan 44.63.

Indeks Risiko Dunia menilai risiko bencana berdasarkan dua faktor utama iaitu tahap pendedahan sesebuah negara terhadap bahaya semula jadi serta kerentanan masyarakat, termasuk keupayaan untuk menangani dan menyesuaikan diri dengan bencana.

Filipina secara konsisten berada antara negara yang paling terdedah kepada bencana disebabkan kedudukan geografinya.

Terletak di Lingkaran Api Pasifik, Filipina terdedah kepada gempa bumi dan aktiviti gunung berapi.

Kedudukannya di barat Lautan Pasifik turut menyebabkan negara itu kerap dilanda siklon tropika, hujan lebat, banjir dan tanah runtuh.

Filipina turut menduduki tempat pertama dalam edisi 2025 dengan mencatat skor 46.56.

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video

Advertisement