Skip to main content
Advertisement

Malaysia

SPRM sahkan Saravanan dan keluarga akan terima notis isytihar harta Isnin ini

Kuala Lumpur , 28 Ogos 2026.Bekas Menteri Sumber Manusia , Datuk Seri M Saravanan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.Astro AWANI / SHAHIR OMAR
Saravanan sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.097 juta berkaitan kelulusan permohonan 1,000 kuota pekerja asing bagi sebuah syarikat. - Gambar fail/Astro AWANI
Advertisement

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan notis pengisytiharan harta kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan serta ahli keluarganya pada pagi Isnin ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abdul Halim Aman berkata, notis berkenaan turut melibatkan isteri dan tiga anaknya .

“Notis itu akan disampaikan kepada beliau, isteri beliau dan dua anak beliau pada hari Isnin ini. Manakala seorang lagi anaknya akan dipanggil pada November ini kerana difahamkan sedang melanjutkan pelajaran di London.

“Mereka telah diberi maklum serta akan hadir kemudian di SPRM bagi penyerahan notis tersebut,” katanya ketika sidang media di sini hari ini.

Abdul Halim berkata, notis berkenaan dikeluarkan mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009, dengan tempoh 30 hari diberikan kepada pihak terbabit untuk membuat pengisytiharan harta.

“Jika seandainya tempoh tersebut tidak mencukupi, lanjutan masa akan diberikan sekiranya mereka memohon.

“Itu prosedur yang biasanya ditetapkan di bawah undang-undang,” jelasnya lagi.

Saravanan sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1.097 juta berkaitan kelulusan permohonan 1,000 kuota pekerja asing bagi sebuah syarikat.

Kesemua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama.

Saravanan mengaku tidak bersalah dan kes berkenaan ditetapkan untuk sebutan semula pada 29 September ini.

Must Watch Video

Advertisement