awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amaran hujan sangat lebat tahap bahaya di empat negeri sehingga esok

Bernama
Bernama
01/03/2023
01:52 MYT
Amaran hujan sangat  lebat tahap bahaya di empat negeri sehingga esok
Hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya diramalkan berlaku di beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya dijangka berlaku di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor sehingga Khamis ini.
MetMalaysia dalam kenyataan pagi ini, memaklumkan ia melibatkan beberapa kawasan di Pahang iaitu Bera, Pekan dan Rompin manakala tahap buruk di kawasan Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Kuantan sehingga 2 Mac ini.
Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Terengganu, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya manakala di Perak membabitkan lokasi Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
Sementara itu, di Pahang pula meliputi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub manakala Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah dan Bintulu (Tatau dan Bintulu) sehingga hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#MetMalaysia
#amaran hujan berterusan
#amaran tahap bahaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan