awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering

Amaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu

Bernama
Bernama
24/10/2024
14:45 MYT
Amaran pendakian ke puncak Gunung Kinabalu
Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Taman-Taman Sabah hari ini mengeluarkan amaran bagi aktiviti pendakian ke puncak Gunung Kinabalu.
Taman-Taman Sabah dalam kenyataan memaklumkan amaran itu, dikeluarkan berikutan cuaca hujan, angin kencang dan berkabus yang berlarutan di gunung itu yang terletak di Taman Kinabalu, Ranau.
Kenyataan itu turut memaklumkan bahawa terdapat kejadian tanah runtuh di summit trail gunung itu iaitu di kilometer 3.8, serta kejadian pokok tumbang di kilometer 0.6 dan kilometer 1.6.
"Sehubungan itu, semua pendaki, malim gunung, porter dan staf yang berada di sekitar summit trail Gunung Kinabalu agar lebih berwaspada sepanjang masa dalam sebarang aktiviti pendakian gunung ke Panalaban.
"Tindakan pemantauan keselamatan dan kerja-kerja penyelenggaraan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa," kata kenyataan itu hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#amaran pendakian
#puncak Gunung Kinabalu
#taman-taman sabah
#hujan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.