awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amazon dilapor pertimbang kenakan caj bulanan untuk Alexa

Amanz
Amanz
24/06/2024
04:30 MYT
Amazon dilapor pertimbang kenakan caj bulanan untuk Alexa
Caj bulanan ini bakal menawarkan sejumlah akses tambahan dan kebolehan yang lebih baik melalui Alexa. -Amanz
ALEXA merupakan salah satu perkhidmatan pembantu maya yang ditawarkan oleh Amazon, dan turut disediakan melalui integrasi sejumlah peranti.
Terbaharu, dengan letusan arena kecerdasan buatan, Amazon dijangka akan mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan generatif pada Alexa, dan pada masa yang sama memperkenalkan caj bulanan untuknya pada harga sekitar $5 sebulan.
Alexa
Caj bulanan ini bakal menawarkan sejumlah akses tambahan dan kebolehan yang lebih baik melalui Alexa.
Mengikut laporan awal, Amazon menyasarkan untuk memperkenalkan Alexa versi baharu ini sekitar Ogos tahun ini.
Alexa sebelum ini ditawarkan bersama peranti Echo, sekali gus memudahkan pengguna menguruskan sejumlah peranti berhubung di rumah, selain menjawab beberapa persoalan asas, menetapkan peringatan dan sebagainya.
Dengan pembaharuan yang bakal dibawakan Alexa, ia dijangka membawa sejumlah penambahbaikan, selain kemampuan berkomunikasi berasaskan konteks.
Pada hari ini, beberapa perkhidmatan berasaskan kecerdasan buatan mula menerima perhatian ramai, termasuk ChatGPT oleh OpenAI, Gemini oleh Google, CoPilot oleh Microsoft, dan beberapa yang lain. -Amanz
Topic Berkaitan
#Amazon
#Alexa
#caj bulanan
#pembantu maya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan